Gitar Kapok dan Angan-Angan Kiamat


Lepas solat Isyak terus aku mesej dia, saja aku mesej supaya koneksi itu tetap ada, saja aku mesej dia supaya dia tahu aku tidak main-main dan aku peduli. Aku bangun dari atas sejadah dan aku sandar dihujung katil dan aku ternampak gitar kapok aku seolah-olah memanggil aku untuk dibelai. Aku terus mencapai gitar kapok aku, uji sedikit tune gitar tersebut supaya bunyi masih kekal dan tidak lari. Aku mula menggoreng sedikit lagu untuk membuai hati aku sendiri, lagu Sesungguhnya daripada kumpulan Ungu menjadi mangsa aku malam ini, dah lama tak main lagu ini jadi chord sedikit lupa tapi liriknya aku tidak lupa. lirik intronya berbunyi

"Saat dunia berhenti berputar, saat manusia tak sanggup lagi berharap, ketika mentari tak sanggup lagi berjanji, menyinari dunia yang telah kau singgahi"

Bila dihayati kembali bari aku perasan intro lagu ini sangat deep berkisar waktu alam dihujung umurnya, sebagai orang Islam tentulah aku percaya pada hari kiamat dan hari pengadilan. Cuma waktu itu aku terbayang di mana kedudukan aku ketika itu, apa yang aku tengah buat dan apa reaksi aku jika semua ini berlaku waktu umur aku masih ada didunia. Aku hanya boleh bayang dari apa yang aku faham dan lihat melalui imiginasi selepas pembacaan dan juga melalui video atau filem-filem, tapi sudah tentu apa yang aku bayang itu sebenarnya tidak dasyat mana pun sebab aku pasti apa yang berlaku nanti lebih dasyat dari itu.

Pernah aku tanya seorang ustaz berkenaan hari Kiamat dan katanya hari kiamat ini berlaku setiap hari pada dimensi yang berbeza bermakna ianya berlaku di luar pandangan mata kasar kita. Menarik apa yang dibincangkan ketika itu. Aku mendengar perbahasan itu seolah-olah aku seperti bayi kecil yang dahagakan susu, menanti-nanti setiap kalimat yang keluar dari mulut ustaz.

Aku terus buka laptop dan membuka Spotify, kebiasaannya setiap malam aku akan dengar lagu soft, dan kalau aku nak menulis aku buka lagu Sigur Ros, satu-satunya band dari Iceland yang aku minat atau band post-rock yang lain, well, dapat ilham lah juga untuk menulis dengan tenang. Untuk malam ini setakat ini sahaja, chalo.


Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih