30 Oktober 1988



Akhirnya blog aku mencapai angka 313, angka 313 adalah angka kegemaran aku sehingga ketika aku mahu memberli kereta aku minta nombor pendaftaran kenderaan aku 313 juga, ramai yang pelik ada apa dengan 313. Nombor ini sungguh besar maknanya tapi nantilah aku cerita perihal nombor tiga angka ini. Cuma untuk kali ini, aku mahu hadiahkan sebuah puisi kepada sosok wanita yang baru sahaj aku kenal sempena pencapaian tulisan aku yang ke 313.


Datang dari corong sederhana
dari celah kesibukan kota
berdiri sendiri tanpa tongkat
memerhati angin dari jauh  

Dia timbul di segenap benua
Mencari bunyi yang tidak pernah rasa
Ditanganya penuh segala sesuatu
yang manusia tak perlu tahu

Bila ditanya khabar
Tenang aku mengira bintang
Tidak ada manusia tiada resah menunggu balas
apa lagi hati yang berkecamuk

Tidaklah aku berlebih menunjuk
supaya ada sisipan dihujungnya nanti
bersama wajah harapan
yang mampu menyentuh jantung

Kini kita kosong
Masih tercari-cari di mana ruang utama
Namun rasa itu ada,
Sehingga nafas terakhir sebelum Subuh.

Seringkali aku berkata kepada Tuhan
Harapan smoga kita ada sesuatu.
Di hari lahir ini
aku diam terus menunggu jawapan.











Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih

berlagak padahal lembik