Ini Bukan Cobaan season 2.



Tiba-tiba makwe tu jerit dan bikin laki macho gua ni kaget..what happeng what happeng? and melihatkan ciri ciri makwe tu dah tak tetu arahgua terus buat keputusan yang makwe ni kena rasuk..ye..dia kena rasuk, and aku tak tau la jin apa yang dah syok kat makwe hijabster ni. brader ustaz tadi baca ayat apa entah..lagi menjerit makwe tu dia cakap

"SAKIT!!!"

haa..macam tu la bunyi dia. actually ni pengalaman ke berapa entah la aku tengok orang kena rasuk, macam-macam usaha dah brader brader dan akak akak kite buat untuk usir benda benda yang  tak best di mata gua. gua time tu steady berdiri dekat pintu bilik kecik tu sambil baca apa yang patut mana tau, bacaan gua ni bikin jin tu melecur sikit ke, bagi calar sikit pun gua dah bersyukur. tiba-tiba datang sorang fasi ni yang tua banyak daripada aku dan sedikit botak tengah menyuruh diorang semua lepaskan makwe yang kena rasuk tadi, aku macam what the fff....kalau lepas dia lari la. dah la malam, kalau dia lari masuk hutan mana nak carik malam malam buta cenggini. Bila depa ni dah lepas makwe tu, makwe tu pun bebas..dan ini yang paling style sekali..makwe tu merangkak macam cerita JU-ON time keluar tivi ancd macam tu la keadaan dia..pergh macam tengok wayang 3D. keluar real beb..and suddenly ada sorang lagi makwe menjerit..ahh sudah ni konfem kena jangkit ni..biasa la orang kena rasuk memang macam ni keadaan dia, jin tu panggil member-member dia datang la pulak kan. kuajaq betei jin ni. mai sorang-sorang dah la.

Sambung pasal makwe merangkak tadi, dia merangkak slow slow and gua nampak macam dia nak pi asuk dalam dewan. Aku dengan bangganya menyuruh Sani jaga pintu dewan, sebab budak-budak still ada kat dalam dewan..of course la makwe makwe kan and aku nampak makwe-makwe yang dekat dengan pintu dah berlari pergi atas pentas. Makwe tadi terus masuk kat bawah satu meja ni, lama jugak, aku perhati je apa dia nak buat. pastu dia keluar dari bawah meja ni..brader fasi yang tua tadi ambil air than dia baca something dekat air tu, aku dengar bismilliah je..yang lain aku tak tau lepas tu terus dia sembur air tu dekat makwe tu, than makwe tu macam berhenti sekejap macam ada efek jugak la kes sembur sembur ni. dalam 10 minit pastu, makwe tu gerak balik kali ini kasar sikit, dia berdiri and budak budak ni pegang dia, and fasi yang tua ni cakap

"lepaskan dia, lepas je"

sekali lagi aku macam nak naik angin bila dia cakap macam tu, apa kes orang tua ni, and budak budak ni pun pergi lepas, apa lagi, makwe yang badan dia agak besar ni terus lari pecut 100 meter, aku fikir ini dah gila, aku pun berlagak hero and berani terus kejar makwe tu dan aksi aku cuba ditiru oleh beberapa brader brader yang lain. ciss..tak nampak hero la macam ni. aku nampak makwe tu terjun tangga tinggi aku terkedu..wahh dasyat. aku ingat ak lompat tapi memikirkan lutut aku nak pakai lama, aku turun tangga dengan laju je. makwe tu ada depan aku je, aku menjerit

"WOI!!!"

wah suara jantan beb, dan seerti yang dikjangka brader brader lain pun tiru aksi gua dengan jerit suruh makwe tu berhenti, tapi jin ni tak dengar cakap, dasar jin betei.Aku tengok dah ramai orang kepung dia, aku pun berlari ke bilik tidur aku, aku seongkar beg cari buku doa aku yang aku beli dekat Iran itu hari. keluar dari bilik je aku tengok ramai budak kumpul dekat satu bangsal ni. rupa-rupanya makwe tadi dah kena tangkap dengan budak budak ni..dah kena pegang pun, and sorang brader ni tengah baca surah dekat muka makwe ni dan bersurah dengan jin ni suruh dia keluar, and jin tu just cakap

"diam!!"
"bising!!"
"bodoh!!"

and time tu datang la ketua jurulatih, dia ni orang silat so dia pun guna ilmu dia, dia bukak jurus dia depan makwe tu, and terus takbir "Allahuakbar!!

malangnya tak de efek apa pun, gaya je lebih. aku sedikit tergelak waktu itu ketika orang lain sedang serius dengan persekitaran. ala sori la..gua  tak tahan time tu. actually kalau nak cerita benda ni panjang sangat sebab dia berlanjutan sampai 4 hari, kuatkan jin tu,,sial betei. esok tu 6 orang mekwe kena rasuk lagi, we all penat dengan situasi macam ni. tapi dah tanggungjawab..we all tologn apa yang patut, at least gua dapat buat jin tu jerit gak la bila gua picit ibu jari kaki dia and baca selawat. power kan...kikiki. till than everyone, chalo.

p/s :

brader helmi : aku rasa ni mesti kerja hantu PAS, orang PAS hantaq jin depa mai sini.

aku : pasai pe plak?

brader helmi : depa takut budak budak ni kena brainwash dengan kita and berubah mai sokong UMNO.

aku : hahaha..ini cilake.




No comments: