Separa Tuhan

Assalamualaikum

Bila cakap pasal agama, ramai yang hebat..ya hebat. boleh saja lihat di facebook, twitter dan macam-macam lagi sosial media. kadang-kadang sedih (sedih la sangat..cliche, actually meluat) habaq hang bila ramai yang nak jadi separa tuhan so, Bagaimana wujudnya manusia separa tuhan?, well separa tuhan ni bukan demigod yang macam dalam cerita wrath of titan atau percy jackson tu, ini separa tuhan yang mana manusia yang belajar agama (yang belajar matematik pun ada gak) dan dia rasa dia sudah cukup berilmu untuk menentukan sesuatu hukum. Wah..bunyi hebat..ya hebat.

Ramai belia yang fresh grad dalam bidang apa-apa sahaja yang berakarkan agama islam ni begitu bersemangat untuk berdakwah, itu bagus, tapi...apa yang aku perasan ada diantara mereka yang menggunakan ilmu mereka ini untuk menjatuhkan orang lain. Mereka mengeluarkan dalil dan hadis..pom pang pom pang untuk menghukum seseorang yang dianggap tidak setaraf dengan mereka atau tidak ada ilmu seperti mereka. Rupanya si separa tuhan ini hanya belajar ilmu agama selama tiga tahun.This is what we call manusia separa tuhan, tapi bukan bermakna aku melabel diorang sebagai seorang manusia yang hebat tapi sebenarnya aku melabel diorang sebagai seorang yang sangat ngancowak(sila rujuk kamus bahasa perak)

Sorry to say, ini hanya berlaku di Malaysia saja setakat apa yang aku tahu, dan untuk pengetahuan kalau di middle east, mereka yang mempunyai ilmu agama ini telah belajar dari usia 4 tahun lagi, dan mereka belajar dengan penuh serius dan tawaduk. Dan aku pernah tanya seorang pemuda dari timur tengah yang masih dalam pengajian di salah sebuah universiti di negaranya, apa yang diajar ketika mula-mula belajar tentang agama, dan dia menjawab

"kami diajar ilmu tauhid ataupun ilmu mengenali tuhan terlebih dahulu, dan mereka mengajar kami seperti kami tidak mengenali siapa itu Allah, mereka mengajar kami sehingga kami benar-benar percaya yang Allah itu wujud, dan kemudian barulah kami diajar ilmu fiqah dan cabang-cabang seterusnya, bila dah benar-benar kenal Allah, kita akan takut kepadaNya"

dan aku sangat kagum ketika itu,

Nah, nampakkan perbezaan. mereka belajar dari kecil sampai dewasa dan kadang-kadang sampai umur 40-an barulah pembelajaran mereka tamat dan untuk mendapat tittle ustaz mengambil masa selama berbelas tahun. Got it?? berbelas tahun dan baru boleh pakai serban pelbagai bentuk dan fesyen masa kini tetapi gaya Yuna adalah dilarang sama sekali. itu adalah hak milik mutlak akak Yunalis.

Bagi aku, ilmu agama yang kita belajar sepatutnya digunakan untuk medium penyatuan umat, ataupun perpaduan sesama islam bukan digunakan untuk menjatuhkan sesuatu pihak,kau hukum orang lain masuk neraka, kau hukum orang lain dalam kesesatan, kau kafirkan orang lain. oh kronik ni pakcik. kadang-kadang manusia separa tuhan ni main hantam je dalil dan hadis sedangkan maksud pun tak faham just faham direct from the eyes dan bila berhujah, perghh..meluat dan sakit telinga sangat..budak-budak atheis bagi ceramah lagi sedap dengar. Orang atheist ni, kadang-kadang diorang sangat berperikemanusiaan, dan mereka akan berbincang sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan. ini tidak berlaku pada separa tuhan, mereka hanya ambil masa beberapa minit untuk buat keputusan..contoh, tengok gambar teliti 3 minit dan HUKUM!!!

gua nak menulis lagi..tapi gua dah kering idea. kahkahkah..till than. chalo.



Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih