senyum lagi



Kalau hati merah ini telah jatuh
aku kutip dan campakkan ke jauh
harap kau yang menyambut bukan separuh
biar dalam dakapan itu hangat dan penuh

nanti bila kau naik lemak
hati itu jangan kau pijak pijak
walau aku tahu kau tiada semak
biar aku jadi tukang penyemak

akhirnya kita berdua tahu
masing-masing mengaku padu dan jitu
walau kaki tiada sepasang sepatu
kita masih ada senyuman yang satu



kehadapan makwe sungai dua
kebelakang pakwe kuala kedah
senyum saja =)

No comments: