Kedukaan

Assalamualaikum dan salam serta solawat ke atas Sayyidul Wujud dan Ahli keluarganya yang suci...

Tanggal 19 ramadhan tahun 40 hijriyah. Amirul Mukminin Ali as keluar dari rumahnya menuju masjid Kufah untuk memimpin shalat subuh berjamaah. Semasa Saidina Ali masuk ke dalam masjid, Saidina Ali melihat Abdurrahman bin Muljam iatu seorang khawarij tidur dalam keadaan meniarap, Saidina Ali lalu menegur Abdurrahman bin Muljam supaya tidak tidur dalam keadaan begitu,tetapi tidak diendahkan olehnya, dan Saidina Ali sedar di bawah badan Abdurrahman bin Muljam terdapt sebilah pedang. Saidina Ali kemudian melakukan Solat Subuh berjemaah. Di tengah shalat, saat beliau mengangkat kepala dari sujudnya, sebilah pedang beracun terayun dan mendarat tepat di atas dahi putra Abu Thalib itu. Darah mengucur deras membahasi mihrab masjid. Jemaah masjid tersentak mendengar suara Ali, “Fuztu wa rabbil ka’bah. Demi pemilik Ka’bah, aku telah meraih kemenangan. kata Abdurrahman bin Muljam..

Ali roboh di mihrabnya dengan luka yang parah, sementara warga dengan cepat menangkap sang pembunuh yang tak lain adalah Abdurrahman bin Muljam, seorang khawarij. Al-Hasan membawa ayahnya ke rumah. Berita itu segera menyebar di seluruh penjuru kota Kufah. Berbagai usaha dilakukan untuk menyelematkan jiwa Imam Ali as. Tetapi takdir Allah berkehendak lain. Ali bin Abi Thalib gugur syahid pada tanggal 21 Ramadhan atau dua hari setelah peristiwa pemukulan itu terjadi.

Duhai Seorang Imam..
Ampunkan aku kerana tidak dapat membantu mu di saat itu..
Ampunkan aku kerana tidak dapat menggantikan diriku ketika kamu ditetak...
Maafkan aku kerana hanya mampu menangisi pemergianmu...
Maafkan aku kerana hanya mampu meratap keatas kewafatanmu...

Malam ini semua pohon kurma mati di Kufah
Kerna tidak disirami air dari Ali
Disiang hari, yatim kufaah mengunjungi Ali
dengan membawa bekas air yang dipenuhi susu untuk diberi minum kepada amirul mukminin
Lalu dia memberi salam,
Saidina Hassan menjenguk, lalu berkata si yatim "ya sayyid hassan kubawakan susu ini dari sebuah kampung yg terpencil dan kuambil susunya dari ternakan terbaik di kufah ini..untuk dijadikan penawar luka di kepala Ali yang parah,kerana ku dengar khabar berita ayah mu terdampar gering kesakitan kerna luka itu..ya sayyid hassan berilah ayahmu minum susu ini agar dapat mengubati luka nya Ali.

Al hassan dan Al Hussain, zainab serta Abbas..tidak dapat menahan tangisan menangisi disisi pembaringan Ali..air mata bani hashim membanjiri kamarnya Ali, di luar rumah pintu diketuk orang..Al hassan dgn linangan air mata pergi membukanya..lalu berkata kepada rombongan si yatim ,"hai Yatim tiada telah kau ketahui..singa allah tiada lagi,pedang zulfiqqar kehilangan tuannya,

Tibalah masanya saat perpiasahan duhai mata hati duhai ali..terdengar disana suara bergema,,hilaian tangisan penghuni alam..di dalam kamar ali..darah membanjiri..tiada rintihan lagi tiada suara lagi..x berguna ubat lagi..kerana Ali telah pergi untuk selamanya....

Ramadhan menjadi saksinya...
Syahid Ali di Mihrab...





Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih