Wanita Matahari

Assalamualaikum

dia hanya wujud semusim,
di kala hati domba..ia muncul dengan seribu harapan
membawa persis butiran pasir matahari
bersama cinta

katanya...
tiada satu ciptaan tuhan itu sia-sia
semuanya terbentuk dari syarat lengkap...
lalu ianya menjadi kehidupan sempurna

katanya...
umat manusia perlu kuat dan pantas
jangan kita mengejar masa
biar masa mengejar kita

katanya...
harapan yang wujud
bukanlah harapan yang setia
harapan itu datang
harapan itu pergi

katanya...
manusia sendiri yang menjadikan harapan itu tidak setia
sumpah waras

kerana itu aku memilih
memilih dan terus memilih

*ok dah maghrib..bye.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih