Harapan Yang Kau Fikirkan Chenta

Assalamualaikum..

Esok-esok kau menangis lagi.
Lusa tulat terus mencair dan pergi.
Apa sudah jadi dengan hati?
Adakah kau sayang atau benci?
Rasa itu, kau cinta atau keji?
Seperti si buta haiwannya babi.
Menyondol apa sahaja sampai mati.
Sudah kau genggam, tapi kau lari.

Harini gah kau laung kekuatan.
Tapi sampai bila kau nak bertahan?
Bila dia sudah pergi apa kau lakukan?
Mendagu di meja dan terus perhatikan.
Kau tahu hati kau senipis papan.
Keras tapi mudah sangat nak patahkan.
Jadi kenapa kau cuba tanggung beban?
Aku di sini sedia beri pertolongan.

Memori semalam begitu indah.
Basuh jiwa kau, rasa yang resah.
Kehadiran dia seperti dadah.
Cuba kau gapai asyik nak rebah.
Kau lompat-lompat sampai kau lelah.
Kau jolok-jolok sampai berdarah.
Tak mungkin kau gapai, lalu menyerah.
Moga esok jawapan baik akan terserlah.

-penulis.sahaja-

Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih