Aspirasi Propaganda

Assalamualaikum

kau pandai bermain pedang dan pada hujung pedang itu kau letakkan dengan seribu metafora indah agar apabila kau tikam jiwa aku..metafora indah itu dapat mengalir laju menyusuri sungai - sungai merah di dalam tubuh aku lalu diserap ke setiap inci tubuh lemah ini. Tapi bila kau mula tertarik dengan sang kelembai yang sihirnya lebih hebat dari aku..kau mula terbang jauh menggunakan saki baki kuasa yang masih kau ada. kau tinggalkan sang kelembai yang kau racuni dengan metafora indah tika dahulu. Alangkah baiknya sebelum kau pergi kau serap semua sisa-sisa racun ini agar aku tidak sakit dan tidak menderita keseorangan. Aku juga ingin bahagia. kejam~


Comments

NY said…
Mungkin kau perlu cari bahagia antara racun yang dia tinggalkan, untuk kau kembalikan semula racun itu kepada pemiliknya :)
kerana itu aku masih mencari saki baki itu..untuk terus aku hapuskan =)

terima kasih~
a n said…
kau kena cari penawar racun itu.
aku sedang cuba..kata orang penawar untuk racun itu datang dari racun itu sendiri..mitos mungkin.

aku harap sgt dpt jumpa penawar secepat mungkin.

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih

Pada 'DIA' kita datang,Pada 'DIA' kita pergi.