Mutlak kah mereka itu??

assalamualaikum..

aku baru je balik dari kem dekat paya pahlawan resort,jitra...kem..mcm biasalah konfem ada ceramah pot pet. ada satu slot bersama YB norul Azali..aku tak tertarik sangat nak kritik apa2 pasal ucapan dia. cuma satu sahaja...

ingin berbicara tentang statement yb norul azali tentang "sekarang ini salah suatu hari nanti mungkin benar, sekarang ini benar suatu hari nanti mungkin salah"

benar dan salah merupakan sesuatu yang absolute ataupun dgn erti kata lain mutlak/objektif. jika dimaksudkan dengan mutlak maknanya ianya kekal dan tidak berubah2.

jika sesuatu itu adalah benar maka yang lain akan salah..benar itu hanya satu.sebagai contoh sebagai umat islam kita percaya islam itu agama yang benar..dari situ kita dapat tahu yang benar itu hanya islam dan agama lain salah.jika kita percaya kebenaran itu pelbagai..maknanya kita akan percaya ada agama lain selain islam juga benar.itu bahaya =)

apa yang ingin aku nak bgtau..benar itu tidak akan berubah dan salah itu jugak tidak akan berubah..-->




sebagai contoh minum arak itu salah, kemungkinan 50 tahun akan dtang arak... itu merupakan minuman harian..dan majoirty rakyat di dunia ini minum arak. adakah minum arak ini bukan lagi merupakan kesalahan untuk umat islam?jawapannya tidak..minum arak tetap salah.

contoh kedua jika membuka aurat itu satu trend pada 50 tahun akan datang..adakah ianya bukan lagi kesalahan? jawapannya tidak..membuka aurat masih merupakan satu kesalahan.

contoh ketiga, 1+1 = 2..dan benar jawapannya sampai bila-bila adalah dua.jadi kebenaran pada jawapan itu tetap benar.

jadi ini jelaskan menunjukkan benar dan salah itu kekal sampai bila2 dan ianya tidak akan berubah..sekian.

*sekadar pandangan..lakukan PERUBAHAN pada pemikiran.kita rasional!!!

Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih

berlagak padahal lembik