Kesenian Moden Melayu : Batu Belah Batu Konkrit

Wahai anakanda ku sayang
Kemana hilang budaya

Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya

Apabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit

Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit

Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka

Adakah sebab cinta dan wang
Atau kerana kurang peka

Seperti lalang-lalang
Suka belot suka leka

Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka

Melihat semua ini
Hati bonda menjerit

Lepaskan bonda lari
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit

Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati

Anakanda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti

Kini sedar dari mimpi
Baru faham semua ini

Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit

Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit

Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit
Bonda rela
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit

Comments

ojousara said…
puisi2 ni ko cipta sendiri ke......
puisi ini bukan rekaan aku..tapi sebelum2 ni ada 2,3 puisi aku reka sendiri =)

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih