Dari Akal Turun ke Hati

ALLAH HUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD

ketika ini aku hanya keseorangan
diam seribu bahasa..
tidak cerewet seperti sang cengkerik
ya..cengkerik gemar bersadiwara di malam hari
sama seperti manusia yang menyintakan duniawi semata-mata
Ya Allah..jauhkan aku dari segala maksiat itu

kedinginan malam ini membuatkan aku terfikir
terfikir tentang dosa-dosa lampau
mskipun baru memijak tanah ciptaan Allah S.W.T ini selama 22 tahun
tapi bila difikirkan semula terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan
aku bersandar di hujung katil..
seribu satu keinsafan dan kesedihan mula muncul di hati
Ya Allah..AMpunkan segala dosa aku

Sejak mengenali mu...
diriku semakin dekat dengan Allah
Aku semakin sayang kepada hal itu
Biar apa fitnah dilemparkan
biar aku dihalang oleh mereka
aku tidak resah akan hal itu
kerna hal itu membuatkan aku lebih menyayangi mu
Ya Allah..limpahkan rahmat mu ke atas diriku dan keluargaku

pernah satu ketika aku pergi ke ceramah agama yang disampaikan oleh seorang ulama dari United Kingdom..beliau berkata, sebagai manusia kita sering membuat persiapan untuk perkara yang kita belum pasti..sebagai contoh untuk pergi bercuti kita telah memperuntukkan masa sebulan untuk persiapan cuti tersebut..dan perkara itu adalah benda yang kita belum pasti..boleh jadi percutian kita terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. TETAPI..kita sebagai manusia jarang dan ada yang tidak pernah bersiap untuk satu perkara yang pasti berlaku..dan perkara yang pasti berlaku itu ialah MATI..

tunduk seketika dan renung-renungkanlah...

P/s : akan cuba untuk menjadi yang terbaik..sebab saya budak baik.cik eqa, cik eqa..ni semua kamu punya pasal.

No comments: