Amalan Malam Lailatul Qadar Di Iran

Assalamualaikum..Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad


Masyarakat Iran yang majoritinya adalah bermazhab Jaafari ini percaya bahawa malam Lailatul Qadar adalah pada 19,21 dan 23 Ramadhan. Dan untuk tarikh ini kerajaan Iran akan memberi cuti khas kepada masyarakat Iran untuk beribadah dan beramal pada malam tersebut supaya dapat mendekatkan diri kepada Maha Kuasa.


Sebelum ni gua penah post dekat blog gua mengenai orang Iran punya amalan pada malam lailatul Qadar pada bulan Ramadhan..dan kali ini gua akan tunjuk kepada korang gambar terbaru untuk tahun ni. Pedulikan apa kepercayaan mereka, apa ritual mereka sekalipun kerana itu cara mazhab mereka, tak perlulah kita nak mencarut membabi buta.apa yang penting amalan kita, akidah kita, cukup mampukah kita untuk masuk ke syurga Allah..lihat dan hayati.

Wanita-wanita Iran yang bersungguh-sungguh beramal

Jangan pelik, ini amalan spiritual mereka sahaja iaitu meletakkan Al - Quran di atas kepala.

anak kecil yang diasuh untuk beribadat

















Seorang penjaga kasut di masjid tidak melepaskan peluang.



anak muda ni beb...buat apa baca doa, pegi la lepak mamak



so..aku rasa rakyat malaysia yang majoritinya ahlul sunnah wal jammah yang dijamin masuk ke syurga kerana akidah kita yang paling 'benar' memenuhi JALAN TAR mungkin ketika sepuluh malam terakhir ini. hehe...gurau saja.

sebenarnya gambar ni untuk diri gua jugak sebab gua yng mazhab syafie a.k.a sunni pun tidak membuat amalan sesungguh mereka yang bermazhab Jaafari pada malam Ramadhan. Ada seorang ulama berkata kesilapan paling besar manusia adalah apabila mereka merasakan mereka akan hidup lagi untuk hari esok.

ohh..selagi lagi gua nak tegaskan dekat sini..gambar-gambar ni hanya gua nak berkongsi kepada korang apa yang mereka ni lakukan, PLEASE..jangan nak MEMPERTIKAIKAN apa yang mereka lakukan, apa jua cara sekalipun kerana itu cara mereka untuk mendekatkan diri kepara Allah SWT, lebih baik kita fikirkan apa yang kita lakukan untuk mendekat kan diri kita pada Allah pada bulan Ramadhan ini khususnya malam lailatul Qadar.

if nak share post ni tak de hal..tapi jangan korang guna post ni untuk memfitnah antara satu sama lain. selamat beramal. semoga diberkati Allah SWT.

Comments

Anonymous said…
Untuk pengetahuan Saudara, Syiah ini bukan mazhab, Syiah ini adalah agama. Rukun Syiah ni sama ke dengan rukun Islam. Rukun Iman syiah dengan RUkun Iman Islam sama tak? Adakah Al-Quran untuk letak atas kepala? Bukankah lebih baik baca dan fahami ia dari membuang masa letak atas kepala? Letak atas kepala berbanding dengan baca dan fahami Al-Quran, mana lebih baik?Manusia ada akal pemberian Allah SWT, jadi guna la. Kita sebagai umat islam jauhi lah dari menganggap golongan sesat ini lebih baik. Ambil lah pekerti para Nabi dan Sahabat Rasulullah.
adalah hak saya untuk untuk menganggap siapa yg lebih bagus dan siapa yang lebih baik. dan untuk pengetahuan tuan saya tidak memuja2 mereka..saya hanya menunjukkan amalan mereka.dan saya berkongsi tentangnya.

ya meletakkan al-quran di kepala adalah sesuatu yang membuang masa dari fikiran, dari mata tuan tetapi bukan sesuatu yang membung masa di fikiran mereka.

lagipun tuan tahu ke apa yang mereka lakukan?tuan belajar kah tentang amalan mereka.pasti tidak..dan begitu juga saya..sebab itu saya tidak mahu menghukum sesiapa dan hanya sekadar berkongsi gambar tentang mereka.

adakah tuan pernah ke iran..jika tuan pernah ke iran pada bulan ramadhan tuan akan dapat lihat di masjid2 mereka penuh dengan manusia yang sedang membaca al-quran 24/7.dan ingin saya ulang sekali lagi..ini amalan pada malam lailatul qadar sahaja untuk hari2 tertentu.
oh yaa...

tidak pula saya sebut tentang MAZHAB SYIAH disini yang saya kata hanya MAZHAB JAAFARI..mmg syiah bukan mazhab, syiah adalah bahasa arab yang bermaksud pengikut.dan saya tentang itu!

harap tuan jelas. ohh..saya tidak sesekali akan memuji fahaman WAHABI!!
Anonymous said…
elok gi ronda2 kat jalan TAR agaknya dari letak quran atas kepala..
Anonymous said…
Hahahaha...anon 403 termalu sendiri, tuan rumah tak sebutpun mazhab syiah. 'Syiah ni bkn mahzab, syiah ni agama'. 2 kali ko malu dgn statement ko ni. syiah ni ialah fahaman @ firqah seperti qadariah, jabariah, khawarij, ahmadiah, muktazilaah, wahabiah.
terima kasih...saya setuju dgn statemen tuan.
Anonymous said…
assalamualaikum yen..ak di sini tidak mencari sengketa..cuma berkongsi pendapat..aku tertarik dgn artikel kau yg ini..sngguh,stiap hamba Dia diukur mengikut ketakwaan terhadap Nya..kita sbgai hamba tidak berhak mengukur sjauh mana iman seseorang..cuma, aku terpikir dan tertanya, knapa tidak diletakkan amalan muhammad ya rasulullah di malam lailatul qadar sbagai bahan penaik smngat kita untuk beribadah..manusia yg paling bertakwa disisi allah adalah muhammad..sperti yg dlm ada dlm dalil2 quran..bgitu juga hadith, solatlah aku sperti mana aku solat..dr sini, bkn saja konteks solat,ttp konteks ibadah yg lain..aku tidak mahu beragumen ttg knapa kau post ttg ibadah syiah ini,itu hak kau..kalau boleh, tulislah sesuatu itu berdasarkan dalil yg ada..lagi2 dalam konteks ibadah.."pd hari ini, Aku telah menyempurnakan agamamu"..ini dalil dr quran yg diturunkan kpd nabi kita,mnunjukkan apa yg diturunkan nabi,apa yg nabi ajar kpd kita sudah sempurna di sisi Allah..aku yakin,kau akan ckp ini sbagai wahabi..aku tak kisah..seorang ahlu sunnah akan mengambil apa yg dia dengar jika sumbernya benar dr quran dan sunnah, dan akan menolak amalan yg bukan dr sunnah rasulullah dan dalil dr quran..ak harap kau mengerti apa yg aku ingin sampaikan..barakallahufik
ingin aku katakan wahai gang yang tidak mengemukakan namanya, ya aku ini terbuka kepada orangnya, kau wahabi ke, kau syih ke, kau mu'tazilah ke, aku tidak peduli siapa pun kamu, selagi kamu menyembah Allah dan mengaku Muhammad itu Rasulullah, aku ok dengan semua itu.

Blog aku ini bukan sesaatu yang serius, aku akan post sesuatu bila aku rasa sesautu itu menarik perhatian aku, dan menggembirakan aku. so.aku post benda ni untuk suka-suka..untuk mencantikkan blog aku ini dengan artikel-artikel yang lain. tidak pula aku post bnda ini untuk menaikkan semangat siapa2 untuk beribadah, xde niat pun, tapi kalau ka rasa macam tu terpulang. dan aku nak tanya apap amalan lailatul qadar yang rasulullah buat.

dan kau mahu aku tlis berdasarkan dalil..sudah aku jawab diatas. ini bukan blog serius, blog ustaz2, ini blog suka-suka. faham ye..

and kalau kau wahabi pun aku tak kisah selagi kau tak kacau aku. kau baik dengan aku, aku baik dengan kau. itu sahaja. thanks atas nasihat bagai.

jazakallahuqoir.

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih