Tentang Sesuatu : Harapan Baru

Ali menyelak selimut merahnya, termenung seketika sambil melihat selimut yang masih segar warna garangnya. Ali  ingat kata-kata bonda tentang selimut yang dihadiahkan arwah bonda ini

"bonda beli selimut ini dekat Madinah, murah dan kualiti dia pun bagus, guna la selimut ni bila Ali pergi Iran nanti, ramai orang dekat timur tengah pakai selimut macam ni ni bila musim sejuk"

"macam mana bonda boleh tau Ali nak pergi Iran?"tanya Ali

Bonda memberikan senyuman, senyuman yang paling indah di dalam dunia ini. Ali tak menafikan senyuman bonda paling indah dalam dunia ini.

"Aku ni bonda kau, tak payah la nak tahu macam mana bonda boleh tahu. hah....Iran bulan 12 dah musim sejuk, salji tebal,Ali tu senang selsema, boleh ke tahan?" tanya bonda sambil memasukkan luggagenya ke dalam almari.

Ali hanya diam sambil memandang bonda.

lamunan sejarah lampau Ali terhenti apabila lagu only one berkumandang.

"one new message from : Murtadha"

"mamat ni nak apa pagi-pagi buta ni..haih." Ali pun terus buka mesej tersebut

Murtadha : weh..kau pengsan ek malam tadi?

Ali dah malas nak menjawab, semua tanya benda yang sama sejak subuh tadi tapi memikirkan Murtadha ni kawan sekatil dan sepunggung..Ali balas juga mesej dia

Ali : aku pitam kejap je..nasib baik ada orang perasan..dia bawak aku balik ke rumah. tapi aku tak perasan   sapa yang pimpin aku.sebab aku separuh sedar.

"SEND"

Murtadha balas semula mesej aku selepas beberapa minit.

Murtadha : ohhh...gigih la dah tau tak sihat kau keluar jugak kan.ok lah jumpa petang ni.

Ali terus campak handsetnya kat atas katil. Tanpa buang masa Ali terus menyambar senjata-senjata yang terdiri daripada pencuci muka vaseline whitening (scrub), ubat gigi colgate, berus gigi, sabun lifebuoy berwarna biru, berlari Ali ke bilik air kerana dia sudah merasakan masa menjerit-jerit di telinganya memberi amaran yang dia sudah lewat untuk kerja. Beberapa minit kemudian Ali keluar dari bilik air dan terus memakai pakaian lusuh dan skinny jeansnya. Tiba-tiba Ali terfikir yang minyak skuternya hampir kehabisan minyak, jadi Ali tidak boleh pulas throttle dengan semaksimas mungkin pagi ini. Sebelum keluar Ali melihat di post box nya dan Ali mendapati ada satu bungkusan di dalam peti tersebut, Ali tersenyum dan muka Ali begitu girang seolah baru sahaja selesai melahirkan anak kerana dia tahu itu lah bungkusan yang dinantikan, Ali berlari-lari anak ke post box karat itu.

"aku dah agak dah..hah!!!" jerit Ali tanpa memperdulikan jiran sebelahnya yang sedang membuang sampah di depan rumah.

mahu saja Ali mengoyak-ngoyak sampul itu tapi memikirkan dia ada misi lain dia hanya menyimpan sampul tersebut ke dalam beg converse nya. Terus Ali start enjin skuternya dan terus melajukan diri ke stesen minyak berdekatan. "ahh..caltex lagi bagus" itulah stesen minyak pilihan Ali dari dulu lagi.

sampai sahaja di After Five Pub, Ali mencari Jimmy, tetapi yang kelihatan hanya Wan dengan Mat. Ali terus ke arah mereka berdua.

"kawan-kawan ku yang tak berapa nak kacak, korang nampak Jimmy yang lagi tak kacak tu tak? tanya Ali
 Mat terus menepuk-nepuk belakang Ali sambil berkata " kau ni jantan. bagi la salam dulu"

Ali hanya ketawa " ada nampak Jimmy tak?" tanya Ali sekali lagi.
Mat menunjukkan ke arah belakang pub,Ali pun berjalan dengan rakus ke arah belakang pub tanpa menghiraukan kucing yang hampir dipijaknya. Kelihatan disitu Mat sedang berbincang sesuatu dengan tokey pub. Ali tanpa berlengah terus menyampuk perbincangan mereka.

"Haiya...lu orang ada sini ka, gua cari lu orang tadi wooo, sial gua terpijak taik kucing" terus Ali ke paip untuk mencuci seliparnya.

Jimmy dengan Lin hanya ketawa melihat gelagat Ali

"weh..Jimmy aku ada benda nak cerita dekat ko ni" sambil menarik Jimmy Ali memandang ke belakang melihat tokey yang terkujat "Lin...itu gig jadi..lu jangan risau, we all bayar cash nanti"

"Jimmy..aku ada berita baik ni, berita ni lagi best dari pengumuman merdeka tau tak?
"wooo..relax, kau nak cakap apa ni, apa yang kau nak merepek ni" tanya jimmy sambil menyalakan sebatang rokok mild seven biru.

"aku dapat further study bidang philosophy dekat oversea la,diorang bagi pilihan Tehran, New York,Adelaide, Auckland"

terbeliak mata Jimmy dan hampir tersembur rokok nya ke muka Ali.



Comments

Ayyza M. said…
Tahniah, Ali. Jangan lupa Jimmy nanti.
NY said…
Macam manalah perasaan Ali, kena berjauhan dengan Fatimah..

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih