Yang indah itu bukan Kemewahan =)

Assalamualaikum Dan Solawat ke atas Muhammad Wa Aali Muhammad

Senyumlah ........................................................
Hidup akan menjadi lebih bahagia apabila masalah dan kesusahan dapat dihadapi dengan cara yang betul.

Hidangan Terbaik

Ada sepasang suami isteri kaya-raya yang pergi ke sebuah restoran mewah untuk merayakan ulang tahun pernikahan mereka .Kerana suatu urusan , mereka datang agak terlalu jauh malam ke restoran itu.Keadaan sudah sepi dan mereka merupakan satu-satunya tamu yang ada di tempat itu.Seorang pelayan menghampiri mereka dengan tergopoh-gopoh."Maaf tuan, sebenarnya restoran ini sudah tutup," terang pelayan itu."Tetapi kami baru sahaja datang," kata sang suami sambil tetap mengajak isterinya menuju salah satu tempat duduk."Semua makanan sudah habis, kecuali..."si pelayan berusaha menjelaskan keadaanya."Tidak ada masalah," jawab sang suami sambil membuka buku menu."Apakah kami boleh memesan ini?"tanyanya sambil menunjuk salah satu menu.Pelayan itu menggeleng."sudah habis, tuan.""Bagaimana dengan yang ini?" tanyanya lagi sambil menunjuk menu yang lainnya.Isterinya hanya diam sahaja memarhatikan.Pelayan itu kembali menggeleng."Sebenarnya tuan..." "Hmm,tak mengapa.Bagaimana kalau ini?" katanya sambil menunjuk menu lain pula.Pelayan itu semakin berasa tidak selesa ketika terpaksa menggeleng lagi."Tidak ada juga?" si suami mulai sedikit kasar " Baiklah, kalau begitu apa menu yang masih ada?" Pelayan itu kini benar-benar salah tingkah."Sebenarnya hanya tinggal satu menu sahaja,tuan." " Tinggal satu sahaja?" Si suami menerutkan dahinya. " Apa itu?" " Kentang rebus yang dibubuhi garam, tuan."dan hanya itu yang berbaki?" Dia hampir berdiri dan mengajak isterinya pergi dari situ, tetapi ditahan oleh si isteri. Si suami menatap isterinya hairan.Dia menjadi lebih hairan lagi ketika isterinya memberi isyarat bahawa dia ingin memesan menu itu . Maka dengan penuh perasaan tidak senang, sang suami menurutinya dan memesan kentang rebus bergaram. Ketika hidangan itu terhidang di atas meja dan pelayan sudah pergi meninggalkan mereka, si suami melihat hidangan di atas meja dan dia benar-benar kehilangan seleranya. Dia juga berasa sangat bersalah kerana kejadian itu. Mereka hendak merayakan ulang tahun ke lima puluh tahun pernikan mereka secara sederhana, tanpa pesta dan hingar-bingar. Tetapi kesederhanaan yang satu ini benar-benar keterlaluan. Dia melirik isterinya dan melihat air matanya mulai mengalir. Dia jadi sedih dan matanya mulai sembab oleh air mata.Dipengangnya tangan isterinya dengan lembut. " Maafkan abag," ucapnya perlahan."Ini benar-benar di luar jangkaan.Bagaimana kalau kita mencari restoran yang lain sahaja?" Isterinya menggeleng.Dia menatap suaminya dan tersenyum. " Sayang inilah hidangan terbaik untuk ulang tahun pernikahan kita, "ujar isterinya. "Lima puluh tahun lalu kita memulai rumah tangga kita dalam keadaan susah dan penuh kesederhanaan. Lalu kita berkomitmen untuk bekerja keras, menabung, dan hidup berhemat. Ketika itu, kita hanya makan kentang rebus yang dibubuhi garam untuk berjimat.Setelah beberapa tahun, keadaan mulai berubah dan Allah memberi rezeki yang lebih banyak bagi kita, sehingga kitaboleh menjadi orang yang berjaya dan kaya-raya.Kini kita sudah kaya dan selama puluhan tahun terakhir tak pernah lagi melihat atau menyentuh kentang rebus yang dibubuhi garam...sampai pelayan itu menghidangkan dihadapan kita."
Sang suami tersentak dan menatap hidangan di depannya dengan penuh rasa takjub."Benar katamu wahai isteriku.Ini adalah hidangan terbaik kita.Bahkan ini adalah simbol kejayaan dan kerja keras kita,"ujar sang suami mulai menitiskan air mata."Langkah kaki kita diarahkan ke tempat ini agar kita boleh memperolehi hidangan yang luar biasa ini.Supaya kita tidak menjadi lupa dengan kesusahan yang dulu pernah kita lalui."Suami isteri itu kemudian saling bertatapan dengan penuh rasa haru .Kentang rebus bergaram yang dihidangkan pada malam itu, benar-benar menjadi hidangan paling lazat dan kenangan paling manis dalam hidup mereka. bersambung...tunggu kisah seterusnya

p/s:kredit tu ustaz Yusnizan =) syukran ya ustaz.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih

Pada 'DIA' kita datang,Pada 'DIA' kita pergi.