Posts

Putih, cozy dan menyenangkan

Bangun saja dari tidur aku menung sebentar ke arah lantai memikirkan sesuatu, hari ini aku mahu ke mana? ini lah akibatnya kalau tak merancang perjalanan, aku bingung terus, aku lihat handphone aku yang berada di hujung katil, ahh masih awal dan gelap tapi aku tak nak sambung balik tidur. aku capai tuala dan mandi walaupun aku tahu suhu agak sejuk hari ini tapi aku tetap mahu mandi seperti biasa. Selesai mandi, aku melihat hanphone kembali, akhirnya aku tahu ke mana mahu pergi kerna baru saja dapat ilham masa mandi tadi tapi seperti biasa aku akan enjoy secawan teh jeju panas sesuai lah dengan suhu sejuk di sini. Sambil menikmati teh aku melihat luar jendela, hujan renyai sedang turun tapi tiada masalah untuk aku keluar rumah. Selesai saja minum teh aku bersiap untuk keluar, aku mencari stokin aku, ahh mana pulak pergi ni? Biasanya aku letak di sebelah kasut tiba-tiba aku teringat yang aku basuh stokin tu semalam. Aku jemur luar tingkap, bergegas aku pergi ke tingkap di bilik aku, ala...

Masih

Jam sudah menunjukkan jam 3.40 pagi. Ketika ini aku terlalu rindu dengan kita. Aku tak tahu apa khabar kau yang ada di sana. Masih ingat pada aku? Jujur. Aku terlalu rindu. 

Esok Masih Ada

Setiap hari Ali bangun dari tidur Ali akan memasang lagu Polaroid yang dimainkan oleh band Oh Chentaku. Antara lagu emo yang digemari Ali sejak dari zaman sekolahnya lagi. Cuma kali ini Ali bangun tidur bukan lah bersendirian seperti dahulu, kali ini disisinya ada sosok wanita. Mata wanita itu terpejam rapat, rambutnya menutup sebahagian muka, dijarinya ada sebentuk cincin emas, dikukunya terdapat inai yang masih merah. Lama Ali tenung wanita itu sambil melayan perasaan bersama lagu yang dimainkan di Spotify: "I gave you everything and gave up my life, and it is all for you but you ruined everything It's even for me, it's even for you, try to understand" Itu lah chorus dari lagu Polaroid di mana mulut Ali juga menyanyikan chorus yang sama sambil melihat wanita itu. Sedikit air mata Ali jatuh mengalir di pipi. Ali terasa gelap, terus Ali tertanya di mana cahaya yang selalu dikatakan orang sebelum-sebelum ini atau mungkin cerita tidak sama. Ali sayang sosok dihadapannya...

Kemahuan Hidup

Kita manusia mesti ada kemahuan hidup, ada yang ingin berjaya, ada yang ingin bersederhana, ada yang ingin kaya raya. Semua ini satu bentuk positive vibe yang bila mana boleh bikin hati manusia itu sentiasa tenang dan ceria walau apa pun yang berlaku dan postive vibe ini yang akan membawa kepada kemahuan hidup yang diangankan. Jarang sekali kemahuan hidup seseorang itu adalah untuk gagal dan terus gagal. Macam aku, aku pernah lalui kegagalan yang sangat dasyat, waktu itu aku tidak memiliki apa-apa sebarang bentuk materi. Aku tetap positif biar waktu itu agak sukar untuk aku lalui, aku tetap tenang sabar dan ceria. Kadang-kadang perasaan down tu tetap ada, ye lah kita ni manusia biasa tapi paling penting adalah macam mana kita nak kawal semua tu. Orang lain tak kan boleh kawal diri kita, hanya diri sendiri.

2019

Ingin sekali aku mengenali dia

Tentang Sesuatu

Di kiri dan kanan Ali semua orang sedang asyik mendengar bacaan maqtal ke Al-Husain, hampir kesemuanya sedang menangis kedukaan begitu juga Ali tetapi di sini lebih deras tangisan, mereka menangis semahu-mahunya. Bagi Ali ini sesuatu yang baru walalupun dia sudah biasa melihat aksi yang serupa di dalam internet cuma kali ini semuanya berlaku di hadapan matanya. Ali memerhatikan Jimi yang seakan bingung dengan apa yang berlaku dihadapannya, dan Jimi pula sedang memandang sekeliling seperti rusa masuk kampung kerana semua ini sesatu yang baru untuk Jimi, tidak pernah dia lihat majlis "menangis" beramai-ramai ini, pucuk pangkal sedikit pun Jimi tidak tahu. Ali  cuba menghayati syair-syair bahasa parsi yang dilantunkan oleh seorang talabegh yang memakai baju serba hitam berdiri di atas sebuah pentas kecil di hadapan mereka, walaupun Ali tidak memahami tapi dia masih cuba untuk bersama persekitaran duka lara sempena musibah yang menimpa Ahlul Kisa dan di atas kepala mereka ...

30 Oktober 1988

Akhirnya blog aku mencapai angka 313, angka 313 adalah angka kegemaran aku sehingga ketika aku mahu memberli kereta aku minta nombor pendaftaran kenderaan aku 313 juga, ramai yang pelik ada apa dengan 313. Nombor ini sungguh besar maknanya tapi nantilah aku cerita perihal nombor tiga angka ini. Cuma untuk kali ini, aku mahu hadiahkan sebuah puisi kepada sosok wanita yang baru sahaj aku kenal sempena pencapaian tulisan aku yang ke 313. Datang dari corong sederhana dari celah kesibukan kota berdiri sendiri tanpa tongkat memerhati angin dari jauh   Dia timbul di segenap benua Mencari bunyi yang tidak pernah rasa Ditanganya penuh segala sesuatu yang manusia tak perlu tahu Bila ditanya khabar Tenang aku mengira bintang Tidak ada manusia tiada resah menunggu balas apa lagi hati yang berkecamuk Tidaklah aku berlebih menunjuk supaya ada sisipan dihujungnya nanti bersama wajah harapan yang mampu menyentuh jantung Kini kita kosong Masih te...