Putih, cozy dan menyenangkan


Bangun saja dari tidur aku menung sebentar ke arah lantai memikirkan sesuatu, hari ini aku mahu ke mana? ini lah akibatnya kalau tak merancang perjalanan, aku bingung terus, aku lihat handphone aku yang berada di hujung katil, ahh masih awal dan gelap tapi aku tak nak sambung balik tidur. aku capai tuala dan mandi walaupun aku tahu suhu agak sejuk hari ini tapi aku tetap mahu mandi seperti biasa. Selesai mandi, aku melihat hanphone kembali, akhirnya aku tahu ke mana mahu pergi kerna baru saja dapat ilham masa mandi tadi tapi seperti biasa aku akan enjoy secawan teh jeju panas sesuai lah dengan suhu sejuk di sini. Sambil menikmati teh aku melihat luar jendela, hujan renyai sedang turun tapi tiada masalah untuk aku keluar rumah. Selesai saja minum teh aku bersiap untuk keluar, aku mencari stokin aku, ahh mana pulak pergi ni? Biasanya aku letak di sebelah kasut tiba-tiba aku teringat yang aku basuh stokin tu semalam. Aku jemur luar tingkap, bergegas aku pergi ke tingkap di bilik aku, alamak stokin aku beku, stokin aku jadi keras, macam mana lah aku boleh lupa. Nasib lah aku ada 3 pasang stokin lagi. Siap semuanya terus aku ke kereta lalu bergerak keluar dari kawasan parkir. 

Destinasi aku kali ni mudah, aku ke Lengries, satu kawasan pergunungan di Germany Alps, bulan December kebiasaanya di puncak gunung telah diselimuti salji tetapi belum cukup tebal untuk bermain ski. Di gunung ini kebiasaannya menjadi salah satu tumpuan untuk bermain ski bila tiba musim sejuk tetapi hanya akan dibuka pada awal bulan Januari dan untuk sampai atas ada beberapa option iaitu secara hiking atau boleh menggunakan kereta kabel dengan bayaran 20 euro. Aku pilih untuk naik kereta kabel sahaja mudah dan cepat memandangkan musim sejuk ini cepat gelap, lagi pula kereta kabel akan berhenti operasi jam 4.30pm. Sepanjang dalam kereta kabel aku asyik menikmati pemandangan di luar, kelihatan pekan kecil Lengries yang dikelilingi kawasan pergunungan. Lengries bukanlah kawasan tumpuan pelancongan sangat, tak ramai yang datang ke sini kerana saiz bandarnya yang kecil tapi aku lebih suka suasana di sini berbanding Munich yang sesak dengan orang ramai dan pemabuk. Biasalah Germany ni terkenal dengan pembuatan arak maka di sana sini penuh dengan pemabuk. Lebih kurang 15 minit aku sampai di puncak gunung, aduhh ternyata salji lebat sekali sedang turun. Aku terpaksa tunggu sebentar di dalam stesyen kereta kabel untuk membiasakan diri dengan suasana dan altitud gunung, 5 minit kemudian aku keluar dari stesyen, nikmat sekali pemandangan dan suasana waktu ini, semuanya putih sahaja, kelihatan pokok pine juga diselimuti salji, daripada warna hijau berubah kepada putih, angin tidaklah tiup terlalu kencang jadinya tidaklah terlalu sejuk tapi masih sejuk jika tidak memakai pakaian yang sesuai. Aku berjalan seorang diri, di belakang aku ada satu keluarga bersama anak-anak kecil sedang berjalan-jalan di track yang sama aku lalui, perjalanan aku hanya bergantung kepada papan tanda kuning, setelah beberapa minit berjalan aku tersempak dengan petugas kereta kabel yang sedang membuat kerja-kerja mereka untuk menyiapkan kawasan bermain ski di sini. Sempat aku bersembang dengan mereka bertanya khabar. Kelihatan keluarga tadi sudah menghampiri aku, tersenyum aku melihat telatah anak-anak mereka bermain snow slide, sempat aku membantu menolak slider yang digunakan ternyata mereka begitu gembira sekali. Kemudian, aku berjalan lagi mengikuti papan tanda yang sama 5 minit kemudian aku lihat ada sebuah rumah kayu yang tidaklah sebesar mana tapi aku pasti ianya sebuah kafe, cantik terasa seperti menonton fairy tale. Aku masuk ke dalam kafe tersebut kelihatan beberapa orang ada di dalam kafe tersebut yang aku pasti mereka itu ialah staf kafe tersebut. Aku duduk di meja yang agak kebelakang bersebelahan tingkap jadi aku boleh menikmati pemandangan salji di luar. Aku memesan cappucino panas sesuailah dengan cuaca yang sejuk naharam, walaupun aku memakai glove tapi jari aku tetap berasa beku kesejukan tapi nasiblah dalam kafe ini suam panasnya kerana ada heater, lega. Sampai saja cappucino yang dipesan terus aku meletakkan tapak tangan aku pada mug tersebut, terasa panas dan itu menghangatkan tapak tangan aku. Sambil meminum kopi sambil itu aku melihat pemandangan di luar tingkap, salji turun perlahan kadang turun dengan lebat bersama angin kuat tapi bagaimanapun pemandangan itu tetap indah. Sebab itu lah aku sering mengembara pada musim sejuk, walaupun sejuk aku suka pemandangan putih, cozy dan menyenangkan. 

Bersambung...



Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih