Esok Masih Ada

Setiap hari Ali bangun dari tidur Ali akan memasang lagu Polaroid yang dimainkan oleh band Oh Chentaku. Antara lagu emo yang digemari Ali sejak dari zaman sekolahnya lagi. Cuma kali ini Ali bangun tidur bukan lah bersendirian seperti dahulu, kali ini disisinya ada sosok wanita. Mata wanita itu terpejam rapat, rambutnya menutup sebahagian muka, dijarinya ada sebentuk cincin emas, dikukunya terdapat inai yang masih merah. Lama Ali tenung wanita itu sambil melayan perasaan bersama lagu yang dimainkan di Spotify:

"I gave you everything and gave up my life, and it is all for you but you ruined everything

It's even for me, it's even for you, try to understand"

Itu lah chorus dari lagu Polaroid di mana mulut Ali juga menyanyikan chorus yang sama sambil melihat wanita itu. Sedikit air mata Ali jatuh mengalir di pipi. Ali terasa gelap, terus Ali tertanya di mana cahaya yang selalu dikatakan orang sebelum-sebelum ini atau mungkin cerita tidak sama. Ali sayang sosok dihadapannya tetapi balasan itu hanya cerita dongeng. Setelah mandi Ali terus keluar rumah tanpa memberitahu kepada sesiapa, Ali memutar paddle minyak motornya ke tempat yang ingin dituju Ali. Hati Ali tidak tenteram, bagi Ali ini adalah caranya untuk lari dan mencari ruang untuk bersendiri. Suhu 3°C tidak mematahkan semangat Ali cumanya hatinya sahaja yang patah. Sampai sahaja di tepi stesyen Interlaken West Ali terus memakir motornya di tempat yang disediakan lalu Ali menaiki train ke Lauterbrunen, train yang mengambil masa selama 30 minit ini mensajikan pemandangan indah seperti di syurga tetapi masih tidak mampu menggembirakan Ali. Di Luterbrunen Ali berjalan perlahan ke pub yang selalu di pergi oleh Ali sehak dari dulu lagi. Ali nampak Sally sedang mengemas meja dan membuang botol-botol arak. Ali duduk di tepi tingkap kelihatan orang lalu lalang di luar kedai. Ada kanak-kanak sedang bermain salji, ada lelaki sedang membawa beg ke hulu ke hilir ternyata Ali asyik melihat apa sagaja didepannya.

"Hi Ali, anything for today" tanya Sally 
"Hmmm..just hot Long Black please" jawab Ali sambik tersenyum kelat
"Okay, hmmm you look bitter, whats up?"
"Nothing Sally, just not my day"
Sally melihat mata kuyu Ali, Sally tahu ada yang tidak kena.
"Well Ali, i will come back for you later"

Sepuluh minit kemudian pesanannya sampai di hadapan Ali, Sally yang membawa minuman Ali terus duduk disebelahnya
"Well Ali, come on tell me whats wrong, this is not you Ali, you just got married and you should be happy"
Sekali lagi Ali tersenyum kelat sambil melihat Sally
" yeahhh, i know but things not doing perfectly"
"Nothing perfect Ali" kata Sally 
Ali termenung panjang lagi, kini dia melihat soerang wanita tua sedang menjijit roti France yang panjang di tengah kesejukan kota.
"I think we're not fine, we're not belong together"
"Shut the fuck up Ali, dont you ever say something like that"
Sally melihat Ali yang diam membisu
"Maybe you need times" kata Sally.
Perlahan-lahan Ali menghirup kopi dihadapannya, pahit tetapi pahit lagi hati Ali.
"I dont need time, i need myself, sorry Sally got to go"

Ali bingkas bangun dan terus ke cashier untuk membayar dan selepas itu dia keluar dari pub tersebut. Kini Ali berjalan menempuh salji yang turun mendayu, nasib hari ini tidak lebat salji yang turun. Kedengaran bunyi lagu-lagu krismas dimainkan di setiap kedai yang dilalui Ali. Kepala Ali yang tadi ditimpa hujan salji kini tidak lagi, dia melangut kepalanya rupanya ada payung di atas kepala Ali.

"My boss give me permission for half day today so i chase you and here i am"
Ali tersenyum melihat Sally
"Ok, where do we want to go now?" Tanya sally.
"Gimmerwald" jawab Ali ringkas.
" oh my god, i love too, lets go!"
Mereka berdua berjalan menuju ke kereta kabel yang menghubungkan bandar itu dengan Gimmerwad. Lebih kurang 10 minit mereka tiba ke Gimmerwald. Ali masuk ke cafe Mountain Hostel, Ali memesan kopi panas begitu juga Sally. Sally melihat Ali yang duduk diam termenung.
"Ali, you shoud give her time to accept new chapter of her life"
Ali memandang Sally, kopi tiba di meja mereka, Ali menghirup perlahan kopi panas itu, aroma arabica memberi satu ketenangan buat Ali.
"Its not about her Sally, its about me. I shoud give time and chance for myself"
"But why?" Tanya Sally yang ternyata tidak faham dengan Ali.
"I dont feel anything, its totally dark"
"Yeahh i knew it" kata Sally sambil menjeling ke arah lain, seperti Sally menyedari sesuatu.
Ali juga menyedari itonasi suara Sally yang berubah, Ali memandang Sally, cepat -cepat Sally mengubah reaksi wajahnya dan kembali ceria. 
"Ali listen this, there is a time that you should realize that you are not the emo kid anymore, you have to change yourself, give that chance to you, feel it,  we're not kids anymore Ali, i think you know whats is good or bad" bersungguh Sally mahu yakinkan Ali, mereka berdua adalah sahabat baik dari zaman sekolah lagi, kedua-duanya membesar dengan scene emo yang sedang lit ketika itu.

"But i love to be that emo kid, i just want to be selfish, i dont want to think about other people, alone, sad, depression..thats all" balas Ali 

"Dude, you are 31 this year not thirteen. Move on Ali, be matured.

Sekali lagi Ali terdiam, tidak tahu apa lagi yang ingin di kata.

"How's your wife, is she okay" tanya Sally
"We're not good, big fight last night"
"Hmmm, thats not good, fix it Ali"
"Yeah i know"

Mereka berdua berbual panjang selepas itu, diam tidak diam hari hampir gelap. Ali segera pulang begitu juga Sally. Sampai saja di rumah Ali melihat Isterinya ada di dapur sedang menyiapkan makanan. Isteri Ali melihat Ali yang sedang menggantungkan jaket, terus dia bertanya "awak pergi mana?" "Saya pergi kedai kopi" jawab Ali ringkas. Mereka berdua diam, keadaan begitu janggal selepas pergaduhan besar malam tadi. Ali terus ke biliknya untuk menukar pakaian, isteri Ali mengekorinya,
"Saya minta maaf, i wont do it again" kata isteri Ali.
"Yeah me too" sekali lagi Ali menjawab dengan ringkas. Keadaan diam seketika hanya bunyi angin musim sejuk di luar rumah. 
"We just got married, saya tak nak baru kahwin dah nak bergaduh, its not good"
Isteri Ali diam tunduk tidak berkata apa
Ali menghampiri isterinya, lalu dipeluk dan mencium dahi isterinya.
"Boleh tak kita happy setiap masa?"
Isteri Ali hanya diam....dan terus membisu. 
Malam itu suhu sekitar -1°c, salji turun dengan lebat. Kawasan perumahan disitu semua dihiasi dengan cahaya lampu, terang menerangi jalan-jalan utama. Walaupun hari ini palat tapi esok masih ada.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih

Pada 'DIA' kita datang,Pada 'DIA' kita pergi.