Tentang Sesuatu : Permulaan

Assalamulaikum

Ali memeriksa duit di wallet usangnya, berkerut dahi Ali apabila melihat wangnya hanya tinggal beberapa helai saja lagi

"boleh ke nak hidup sampai hujung bulan ni" getus hati Ali

Tidak semena-mena guruh berdentum dilangit memberi syarat yang awan akan mengalirkan air mata sebentar lagi. Ali tidak mahu berlengah lagi, dia harus cepat sampai ke rumah kalau tidak confirm basah lenjun. Tanpa berlengah Ali terus berlari menuju ke skuter gilera kesayanganya dan terus memecut laju untuk balik ke rumah. Ampang dengan Keramat AU5 tak lah jauh mana 15 minit kemudian Ali tiba di rumah lalu terus on facebook.

"aik, dia tak online la pulak. selalu time ni dah online dah" sekali lagi Ali refresh. bintik hijau di ruangan chat FB tetap tidak menyala.

"confirm dia tak online, biarlah"
Ali hanya mampu menjadi seorang stalker sahaja malam itu, penemannya sebelum tidur tidak online chat. Ali mengamati setiap gambar-gambar perempuan yang disukainya sejak pertama kali jumpa sebulan lepas. Tiba-tiba bunyi yang sangat familiar untuk mereka-mereka yang suka chat dekat FB muncul, Ali terus tengok siapa yang on chat tersebut

"Eh..Fatimah mesej, macam tau-tau jak aku tengah stalk FB dia"

Fatimah : Assalamualaikum

Ali : Waalaikumsalam Fatimah

Fatimah : Busy ke?

Ali : xde lah..tngh layan fb je.jadi stalker..

Fatimah : ha...stalk sapa?

Ali : stalk fb ko la =)

Fatimah : =) karut la

Ali : karut apa plak..ok pe aku stalk ko daripada aku stalk anzalna or neelofa

Fatimah : haha.. suka hati lah

Ali : ok la...aku dah ngantuk ni..nak tido.

Fatimah : ohh..ok..nite.

Ali : nanite.

Ali terus shut down laptop tanpa log out fb terlebih dahulu.
keesokan pagi..Ali pergi kerja seperti biasa tapi keadaan kesihaan Ali tidak mengizinkan Ali untuk focus dengan baik hari ni. so Ali terpaksa balik awal. Sampai je bilik Ali terus tidur.

"haih, pasaipe tiba-tiba demam pulak ni" Ali bersurah seorang diri dalam biliknya.

petang tu Ali gigih ke padang bola untuk lihat match team bola membe-membe satu kolejnya dahulu at least keluar jugak peluh bila Ali terjerit-jerit sokong team budak-budak tu. Lepas solat Maghrib demam Ali datang balik. Than Ali terus decide nak tido, lepas telan dua biji dadah bernama paracetamol terus dia tido.

Tak sampai sejam Ali tido, tiba-tiba lagu Polaroid by Oh Chentaku berkumandang di hanset Ali menandakan ada orang call. Tertera di skrin handset Ali nama Ruqayyah membuat call in, Ali dengan malas menjawab telefon

"hello perempuan"

"hello pondan"

"apahal..aku tengah tidur ni..adoi"

"Ala...weh, aku dengan budak-budak ni ada kat proton, datang la!!"jerit Ruqayyah

"Aku demam ni, tak larat la"

"ala...datang la, Fatimah ada ni"

dengar je nama Fatimah terus Ali naik syeikh.

"hah..Fatimah ada?haa,,,ok aku sia sekarang"

"ceh...dengar nama Fatimah laju je nak datang, cepat sikit"

"hahaha...chill la, ok tunggu kejap"

Ali terus siapkan diri..start enjin motor and terus pecut ke kafe proton yang hanya memerlukan 50 langkah sahaja dari biliknya untuk ke sana. Sampai saja di kafe proton, bagai Johny Depp yang datang Ruqayyah, ariM,aziM, nuM,aziN,Hamizah kelihatan gembira melihat Ali datang melepak dengan diorang..oh sudah tentu orang pertama yang di cari Ali ialah Fatimah yang sedang duduk.

"tu pun dia"

 Ali terus ambik port sebelah Fatimah, banyak yang disembangkan diorang malam tu, and sudah tentu Ali digosipkan oleh budak-budak ni dengan Fatimah, malu-malu kucing Ali. dalam pukul 10 diorang pun gerak balik rumah diorang, and dalam keadaan yang tak berapa kuat Ali gigih pergi menemani diorang ke bus stop, semua semata-mata nak berdekatan dengan Fatimah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba Ali rasa nak pitam seluruh dunia tiba-tiba berpusing, dan beberapa langkah kehadapan Ali terus jatuh tersungkur menyembah tanah.









Comments

sabar la babe..chapter by chapter =)

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih