Sebuah Kehilangan

Assalamualaikum

Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad

Sedihnya tak terkata, jantung terketar-ketar
Tatkala hembusan angin membawa khabar
Dikau tiada lagi
Dikau akhirnya pergi
Meninggalkan pencintamu, yang dahagakan ilmu

Tak sanggup berkata apa
Hanya tangisan mencurah dijiwa
Wahai gerbang ilmu,
Kami tidak sanggup hidup tanpamu,
Bawalah kami bersamamu

Para pencintamu ingin bersamamu
Tiada apa yang dapat menggantikanmu
Peninggalanmu pengubat rindu
Tatkala hati ingin berjumpa

Solawat

p/s : in LOVE =)