Mendung di Alor Setar



Pagi ku menguap mengadap jendela, sungguh redup pagi ini.
"ini musim panas. sepatutnya cerah" ngomong aku sendirian. 
perlahan-lahan aku berjalan ke jendela melihat sosok ilmuan sedang berpusu-pusu ke kuliah pada pagi ini. 

"kau tidak ke mana hari ini?" tanya bunda yang menjenguk di pintu.
"tak tau lah. ingat nak dok rumah ja"
"kerja macam mana?"

Aku hanya ketawa  mendengar soalan itu. Bunda aku lupa agaknya hari ini aku cuti seperti biasa. Aku kembali baring di atas katil, membuka playlist spotify, macam biasa playlist Light and Easy menjadi pilihan aku waktu pagi macam ni. Lagu Howie Day bermian-main di segenap ruang bilik aku, sedang ralik aku membelek telefon tiba-tiba aku terima satu mesej daripada sorang teman yang udah lama kami tidak berhubung. Mahu balas atau tidak mesejnya lama juga aku berfikir. aku letak sebentar telefon di  sebelah sambil termenung ke syiling. Ahhhhhhh.

Aku terlelap. 





Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih