Work in progress

Shalom,

Semua staff dah balik kerja, tinggal aku je sorang-sorang dekat office ni. So, plug in spotify la apa lagi kan, of course mendung-mendung macam ni aku akan pilih lagu-lagu yang agak melankolik untuk menenangkan jiwa. Muzik macam ni sangat sesuai bagi aku untuk waktu-waktu chill macam ni. Cakap soal muzik, pernah sorang staff cakap muzik macam aku dengar metal khususnya dah tak sesuai untuk mereka, dan aku rasa umur diorang baru lingkungan pertengahan 30-an so tak lah tua mana pun. Bagi aku pulak aku rasa aku tak berhenti mungkin untuk dengar-dengar lagu bergenrekan keras dan berat sebab dah sebati dengan aku, mana taknya aku dengar muzik macam ni since sekolah menengah maybe tu salah satu faktor ketidak mahuan aku untuk meninggalkan muzik macam ni. Mungkin juga staff yang lain ni zaman muda mereka lebih kepada mendengar lagu-lagu jazz atau rock kapak which is bukan lah muzik kegemaran aku. Jadi benda macam ni sangat subjektif masakan tidak lihat sajalah mereka yang menerbit atau mencipta lagu-lagu keras dan berat ada yang sudah mencecah 50 tahun, unik bukan. Jadi ketetapan umur ini bukan satu kayu ukur untuk menikmati genre tertentu.

now playing - Fix You, Coldplay


Comments

Popular posts from this blog

Sebuah Satu Malam

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!