Pengalaman di Moscow setahun lepas, hampir saja aku lupa kenangan itu, tapi hari ini aku teringat kembali saat berada disana. ingin aku kongsi sebuah ceritera indah sewaktu disana dalam bentuk penceritaan indah..itu saja aku dapat ungkapkan pabila melewati sebuah kotak dinding besar berisi barangan berharga. Aku khayal dengan keindahan ciptaan manusia ni. Asyik aku dilamun sebuah khayalan, tiba-tiba datang seorang gadis, perlahan-perlahan menghampiri dinding besar itu, di atas kepalanya dipenuhi salji putih yang turun sejak malam tadi umpama gerakan perlahan sayu sebuah air beku yang halus. Aku memerhatikan sahaja gelagat gadis itu, hidungnya mancung, rambutnya hitam paras bahu, matanya biru laut asli, berseluar jeans biru lusuh ketat, berkasut boot merah tinggi dan sweater tebal hitam berbulu, lama aku memerhatikan dia dengan tidak semena-mena dia memandang aku, aku sedikit kaget, reaksi spontan aku lalu muncul dengan tiba-tiba, aku memberi isyarat dengan mengisyaratkan tangan aku ...
Comments