Surat


Sebagai manusia, kita akur pada segala kawalan tuhan. Yang buruk, yang baik semua itu bermain di hadapan kita. Buruk untuk kita tak semestinya buruk untuk orang lain dan baik untuk kita tak semestinya baik untuk orang lain Itu lah salah satu corak kehidupan. Ketika Adam dan Hawa diciptakan muncul sebuah corak kehidupan manusia.

Kita manusia alaf baru, sering terperangkap dengan diri sendiri. Kadang kita keliru corak manakah mahu kita corakkan pada persembahan hidup. Kita berpegang pada sesuatu utopia sehingga kita lupa pada realiti. Ada manusia yang boleh berpegang pada utopianya ada manusia tidak mampu berpegang dan terperangkap, akhirnya menjadi bingung.

Ada diantara kita akhirnya kembali pada agama samawi dan itu sebaik jalan. Agama yang haq menjadi ikutan ratusan tahun. Akhirnya kita akur semula pada kawalan tuhan dan kita redha.

Syu, awak punya bermacam watak, bukan misterius kadang hampir senang dibaca. Awak orangnya ringan dan mudah, dengan kerana itu supaya fikir mahu berkawan dan terus berkawan. Cengei tak pasti, mudah ketawa dah tentu.

Syu, hubungan ada dua jenis iaitu biologi dan ideologi. Hubungan biologi bermaksud hubungan yang mempunyai pertalian darah contoh adik abang, suami isteri, ayah dan anak. Hubungan ideologi pula bermaksud hubungan yang berkongsi fahaman yang sama, pemikiran yang sama. Walau tidak sama pun tetapi hampir.

Ketika ini kurangnya persiapan saya dan saya rasa awak pun sama. Oleh itu, Dari riak gerak geri, setiap aksara yang disemai pada tulisan yang lalu saya fikir kita selesa dengan hubungan ideologi buat masa ini. Saya pasti itu dan terus pasti awak akan selalu gembira dan saya akan terus gembirakan awak bila diseru! Lupakan apa yang jadi kegusaran diri bila mana bait-bait kata dan perbuatan saya mengejutkan dan kurang selesa. Kadang saya juga terperangkap dengan utopia sendiri. Walaubagaimanapun janji tuhan itu pasti dan manusia akan terima.

selamat hari lahir. Syu. Semoga terus gembira.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih