Posts

Sebuah Pengembaraan Spiritual

Hye Assalamualaikum, first of all solawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah dan itrah ahlul bait.. Aku baru je balik dari tunaikan ibadah umrah and Alhamdulillah its a wonderful experience. Aku punya sedikit perkara yang mahu dikongsikan apa yang aku rasa masa berada di baitullah al haram. Tawaf, bila mana aku akan pusing mengelilingi kaabah tujuh kali mula dari hajar aswad dan habis di hajar aswad. Sesak tapi itu lah pengorbanan yang kau tempuhi untuk melakukan satu bentuk amalan spiritual. Kau tidak akan rasa penat semasa bertawaf kerana kau mahu melakukannya bukan atas paksaan siapa-siapa. Ya, disebelah kau ada kaabah..kiblat umat islam, sebelum ni aku hanya lihat sebongkah bangunan kecil berbentuk empat segi ini dalam gambar dan tv je tapi kali ni benda tu ada depan kau. Memang ada sikit perasaan sentimental waktu tu, apatah lagi bila kau dapat sentuh kaabah. Its nothing, hanya seketul batu tapi nilai spiritual yang ada pada kaabah buat kau rasa something differen...

Labaykka Allah Humma La Baik

Setiap manusia pasti akan bertemu tuhan..lambat atau cepat. aku ingin bertemu tuhan Selamat Tinggal untuk masa ini.

Utopia Sebuah Fahaman

Satu hari di dini hari man : aaaa boringla marxisme, aku dah bosan dengan marxisme, nape diorang masih berminat dengan Marxisme haa? (merujuk kepada gang benz ali) aku : diorang ni minat tang anti establishment je, lawan gomen man : boleh ke jadi anti establishment? aku : haha, mana boleh man : bukan munafik ke anti establishment zaman moden macam ni aku : tu la die man : bosannya marx, bosaaannnn, kenapa ira masih beminat dan kaji betul pasal marx tu. Ah biarla dia. Satu masa nanti berenti la tu. aku : idea diorang sangat utopia man : tau tak ada pepatah dikalangan akademia berkata? aku : apa? man : intelektual komunisme ni adalah satu anti thesis kepada kapitalisme kerana tak berjaya melawan mereka aku : betul man : maksudnya, ko cakap apa pun yang kontrol, aku, Kapitalis, Kau pakai game aku jugak. Ish munafiknya kalau kata rebellious la, anti establishment la. aku : Iran pun kapitalis. man : itula, nak lawan kapitalis kena jadi kapitalis jugak (Amerik...

Bunda Zahra

Aku keluar dari kereta, dan begitu juga Mahdi, terus aku memimpin tangan Mahdi dan berjalan perlahan-perlahan menuju ke sebuah masjid yang berada di kaki Gunung Darmavand. Dalam perjalanan kami menyusuri rumah Allahyarham Imam Ruhullah Musavi, yang kini dijadikan salah satu tempat wajib dipergi untuk pelancong. 15 minit kemudian, kami puntiba di masjid tersebut kedengaran bunyi bacaan doa bergema di sekitar alam, orang ramai memenuhi ruang luar dan dalam masjid, ada yang sedang berborak ada yang sedang meminum cha, ada yang sedang solat sebelum bermulanya majlis. Aku dan Mahdi terus masuk ke perkarangan masjid setelah mengambil wuduk, cuaca musim bunga disini baik-baik saja tidak lah terlalu sejuk yang membenarkan kami untuk tidak memakai jaket tebal bagaimanapun aku masih menyarungkan sweater pada si kecil ini. Aku duduk di bahagian tengah-tengah masjid sambil tanganku memutarkan tasbih memuji-muji nama Illahi, Mahdi duduk disebelahku sambil melihat keadaan sekeliling yang baginya b...

Tasbih Biru Firus

Di sebuah kota yang teramat nyaman sekali untuk diduduki, jauh dari hituk pikuk metropolitan. Berdiri kamu disitu, fizikal mu kecil, tak begitu tinggi, kulit putih bersih, senyum menarik dengan sederet gigit putih. Manis, atau lebih tepat cantik. Aku pasti semua lelaki disekelilingmu memandang kamu. Seolah-olah mereka takut jika tidak melihat kamu bermakna diri mereka itu tidak wujud langsung di dunia, mereka perlu melihat kamu untuk menyedari kewujudan mereka. Subuh hari ini kita bertemu, bila kamu tersenyum aku hampir hilang pandangan kerna ia membunuh. Berjanji mahu berjemaah subuh di masjid Ma'sumah, dua langkah pertama azan terus berkumandang terus kita bergegas ke masjid, ini gila dalam suhu 0 darjah celcius aku hanya memakai selipar dan ketika itu aku rasa hampir pengsan dek kerana kesejukan tapak kaki, kamu sedar keadaanku ketika itu dan menyuruh aku berjalan pantas. Tiba di masjid terus aku bergegas ke dalam ruang utama kerana disitu lebih suam udaranya. Lega, keadaank...

Kisah Maya Library

Aku lately ni rajin pulak lepak library Alor Setar, bukan apa actually aku tak tau mana lagi nak lepak satu tempat berjam-ham, kalau nak lepak mamak sampai 4-3 jam macam merepek je. So aku ambil keputusan aku pergi library dari pagi sampai petang and tak de sapa pedulik apa aku buat dekat sini. Bajet educated lepak library kan..padahal bukan buat apa pun cuci mata tengok makwe disamping online kat sini. But today, meja yang selalu aku duduk lepak ni ada sorang makwe dah ambik dulu. Dia sorang je la, aku macam "shit ada orang pulak kat meja ni" tapi aku nak tak nak aku kena juga duduk situ sebab meja tu satu-satunya dekat dengan plug elektrik, oh ya dekat library ni kalau aku nak pakai plug aku kena bayar 3 ringgit tapi sepanjang aku lepak dekat sini aku tak pernah bayar pun, and akak akunter tu pun tak kata so biaq pi la.Aku tak mau buang masa aku pun pergi dekat meja tu terus aku say hello kat makwe tu "boleh i duduk sini?" dia pandang aku terkejut beruk dan...

Dongeng Kampus

Sekian lama aku menatap skrin laptop, aku tenung lama sambil jari jemari aku sudah sedia melekat pada keyboard, bila-bila masa saja sedia untuk menghentak satu persatu huruf. Kerusi makin panas aku makin bosan menunggu idea menulis itu datang. Kalau aku perokok, bukan sebatang malah 5 kotak sudah habis untuk menyeru idea-idea itu datang. Aku pasang lagu, lagu melankolik kegemaran band Lifehouse menjadi pilihan, sedikit demi sedikit...aku mula tersenyum. Aku punya satu cerita pendek yang aku tidak pernah cerita dan aku rasa aku patut cerita "Hasan, penyakit awak ni masih dalam pemeriksaan kami, kita tengah cuba kesan sama ada keadaan awak makin melarat atau tak, tapi jangan moral down just jalan awak punya life macam biasa, ingat pesan saya tu" Hasan hanya mendiamkan diri dan sedikit kaget apabila mengetahui keadaan diri dia setelah mendengar penjelasan doktor, antara mahu tidak mahu dia harus terima, tak kan lah doktor tu nak psyco aku. Hasan terus keluar dari bilik paka...