Posts

Showing posts from 2026

Buka Puasa Di alor Setar - Mai Experience Kedah

  Program Iftar Experience Kedah Bulan Ramadan sentiasa membawa makna yang istimewa buat umat Islam. Selain menunaikan ibadah puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, Ramadan juga menjadi bulan yang menyatukan keluarga, sahabat dan komuniti melalui tradisi berbuka puasa bersama. Jika suatu ketika dahulu berbuka puasa lebih sinonim dengan suasana di rumah atau restoran, kini landskap itu semakin berubah. Berbuka puasa di ruang terbuka, berkonsepkan santai dan komuniti, semakin menjadi pilihan masyarakat. Fenomena ini jelas kelihatan di bandar-bandar utama seluruh negara apabila dataran dan kawasan lapang dipenuhi dengan orang ramai yang memilih untuk berbuka puasa bersama-sama, seolah-olah berkelah Ramadan. Menyedari trend ini serta potensi untuk mengangkat pengalaman unik kepada pengunjung, Kedah Tourism telah tampil dengan sebuah inisiatif yang segar dan bermakna menerusi penganjuran Iftar Experience Kedah. Program ini berlangsung pada setiap hari Jumaat sepanjang b...