Utopia Sebuah Fahaman
Satu hari di dini hari
man : aaaa boringla marxisme, aku dah bosan dengan marxisme, nape diorang masih berminat dengan Marxisme haa? (merujuk kepada gang benz ali)
aku : diorang ni minat tang anti establishment je, lawan gomen
man : boleh ke jadi anti establishment?
aku : haha, mana boleh
man : bukan munafik ke anti establishment zaman moden macam ni
aku : tu la die
man : bosannya marx, bosaaannnn, kenapa ira masih beminat dan kaji betul pasal marx tu. Ah biarla dia. Satu masa nanti berenti la tu.
aku : idea diorang sangat utopia
man : tau tak ada pepatah dikalangan akademia berkata?
aku : apa?
man : intelektual komunisme ni adalah satu anti thesis kepada kapitalisme kerana tak berjaya melawan mereka
aku : betul
man : maksudnya, ko cakap apa pun yang kontrol, aku, Kapitalis, Kau pakai game aku jugak. Ish munafiknya kalau kata rebellious la, anti establishment la.
aku : Iran pun kapitalis.
man : itula, nak lawan kapitalis kena jadi kapitalis jugak (Amerika)
aku : sebenarnya real ekonomi adalah sintesis dari kapitalis dan sosialis dan pemangkin bagi sintesis ini adalah islam. Sebab tu Khomeini hantar surat kt gorbachev dan kalau ko kaji al-quran, islam itu sendiri xde sistem ekonomi.
man : Gorbachev seorang revolusioner yang bagus, masalahnya rakyat dia dan parti dalam politburo sendiri. Masa dia buat perestroika dengan glasnost, tu yang tumbang tu. eh pasal takde sistem ekonomi tu, maksudnya macam mana?
aku : mana ada sistem ekonomi islam, nabi tak pernah ajar.
man : pastu sistem apa yang kita kena pakai?
aku : haa, sebenarnya kapitalis la sistem yang benar.
man : tapi macam mana nak bendung sistem tamak manusia?
aku : disitulah perlunya mekanisme agama.
man : oo, so sitem kapitalis adalah sistem yang sempurna la?
aku : yup
man : sebenarnya aku da muak dengan komunisme, cuma aku minat idea idea dia yang kayangan. Syok sebab dia menjanjikan kebahagiaan. Utopialah, komunisme tu idealist.
aku : dekat dunia ni apa negara yang boleh hidup tanpa kapitalist
man : mana ada. habis la yang selama ni ko dok canang anti kapitalis tu apa?
aku : saja nak poyo..haha. konon-konon nak jadi budak haluan kiri la sokong sosialisme. hehehe.
man : kahkahkah cam aram.
begitulah apa yang dibincangkan waktu bosan-bosan.
Comments