Seorang cik pah


Haih...di saat aku lepaking dengan member kelab kembara tiba-tiba member aku ungkit nama seorang gadis ini yang bikin aku sentap..

"Yen, Sherry buat apa sekarang?"

Aku yang sedang minum holy water hampir menyemburkan holy water tersebut macam bomoh-bomoh gila seks. Aku pandang member aku yang ternanti-nantikan jawapan bernas daripada aku. Memikirkan supaya member aku ni tak serabut dek kerana persoalan itu aku mula membuka mulut

"aku tak tau. and tak pernah ambik tau"

ya..hanya itu sahaja jawapan aku kepada member aku. ternyata beliau hampa dengan jawapan aku seolah-olah hampa dengan jawapan menteri tentang kenaikan harga ayam tol dan minyak. Aku kembali memandang ke tanah, apa khabar agaknya dia di atas sana? Nampak kah kamu mata aku dari atas sana? Segala memori kembali tiba-tiba muncul, segera aku pejam mata harap boleh lupa segala.


tribute to seorang Sharifah Rafidhah Al-Habshi, semoga kau tenang di sana...

Amen

Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih

Pada 'DIA' kita datang,Pada 'DIA' kita pergi.