Jalan Nan Lurus
Kesibukan kota di malam hari
buat aku terhenti sejenak di tengah jalan
tidak pula hiraukan sang kenderaan
mahu langgar aku? percuma!!
darah aku tidak bernilai
negatif satu mungkin
hei penuduh dan pecinta
mari sini aku bicara
hidup kadang terbiar lalu bosan
kau bilang itu diri melempar
lapan kali kau tafsir
itu juga yang kau dapat
ayuh terjun ke lautan parsi
pasti kau temu jawapan
tuhan tidak kedekut
kedekut itu sifat manusia
mari kau gali sama aku
aku juga mencari jawapan
sumpah indah jika ketemu bersama
senyum saja
SH
Comments