Posts

phone, herba dan keseronokan

Alhamdulillah, gaji dah masuk. Semalam terus aku ke kedai phone ya lah apa lagi mesti la mau beli phone baru kerna phone lama tu bagai hidup segan mati tak mahu, nak ajak orang selfie pun aku segan dengan phone buruk tu. Jadi aku pergi la angkat phone baru, which is iphone 7 plus, alang-alang nak beli aku beli yang terbaik terus dari sudut kualiti gambar dan spec yang lain supaya balik rumah nanti aku tak menyesal. Seba aku punya satu perangai, beli lah apa pun, semasa beli aku akan ok bila balik rumah baru aku akan fikir macam-macam dan menyesal tapi tidak hari ini. Dalam perjalanan balik ke rumah tiba-tiba ajib mesej aku ajak aku ke bengkelnya katanya malam ni dia buat sedikit jamuan dan sedikit herba untuk dikongsi bersama aku hanya ketawa, wahh aku sudah berhenti ambil herba itu kalau kau nak tahu. Kalau aku pergi pasti aku dipaksa untuk seronok bersama, aku tak nak. jadi aku decide aku tak kan pergi ke bengkel ajib. Tak kan! Malam itu aku ke bengkel Ajib, ternampak beberapa...

Please get mad

Marah benor kamu ye. Tak apa lah. Marah la, saya tengok.

Suatu Hari Nanti

Image
Suatu Hari Nanti Aku mahu bawa kau bersama Waktu itu, hanya  kita dan alam

Hibernate

Salam, Sejak aku bekerja,jarang-jarang sekali aku tidur lewat tapi 2,3 hari ni aku sering tidur lewat. Mata berat tapi ngantuknya tidak, mungkin aku terlalu fikir banyak benda dan otak ku bekerja. Aduh ini tak sihat. Jam sekarang menunjukkan pukul 1.03am. Apa khabar agaknya dia.

Permulaan

Aku fikir tahun ini aku mahu menulis blog ini dengan lebih konsisten balik, sebab apa? sebab dah ramai orang tak menulis blog, kebanyakan yang aku tengok kali terakhir mereka menulis pada tahun 2012/2013. Jadi blog dah kembali menjadi biasa-biasa bukan lagi pilihan utama anak-anak muda untuk menulis, mungkin sebab kepelbagaian media sosial sekarang ini yang lebih menarik, jadi bagi aku, aku harus ambil peluang ini!! keep hispter bak kata orang putih. Menulis dalam keadaan melankolik ini paling baik untuk aku, sebab waktu ini idea dari tuhan melimpah-limpah cuma mahu atau tidak aku gunakan kesempatan ini. Mungkin itu sahaja untuk kali ini.

Tidak Mengapa

Biar tiada yang baca, sekurangnya aku puas menulis apa yang aku rasa. Hanya kita dan sebuah mesin maya.

Fix it!

I promise you i will learn from my mistake 26/2/2017