Posts

Buka Puasa Di alor Setar - Mai Experience Kedah

  Program Iftar Experience Kedah Bulan Ramadan sentiasa membawa makna yang istimewa buat umat Islam. Selain menunaikan ibadah puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, Ramadan juga menjadi bulan yang menyatukan keluarga, sahabat dan komuniti melalui tradisi berbuka puasa bersama. Jika suatu ketika dahulu berbuka puasa lebih sinonim dengan suasana di rumah atau restoran, kini landskap itu semakin berubah. Berbuka puasa di ruang terbuka, berkonsepkan santai dan komuniti, semakin menjadi pilihan masyarakat. Fenomena ini jelas kelihatan di bandar-bandar utama seluruh negara apabila dataran dan kawasan lapang dipenuhi dengan orang ramai yang memilih untuk berbuka puasa bersama-sama, seolah-olah berkelah Ramadan. Menyedari trend ini serta potensi untuk mengangkat pengalaman unik kepada pengunjung, Kedah Tourism telah tampil dengan sebuah inisiatif yang segar dan bermakna menerusi penganjuran Iftar Experience Kedah. Program ini berlangsung pada setiap hari Jumaat sepanjang b...

Journey To The North Part 4

Image
Tiba Hari Bertolak Pagi itu, jam 5:45 pagi, suasana rumah sewa mereka terasa asing, kosong, seolah-olah ia sudah tahu bahawa penghuninya akan pergi lama. Jam loceng pertama Jimi, yang diset untuk 'panik', berbunyi nyaring, membuatkan Ali yang sudah siap berpakaian, terkejut sedikit. Jimi melompat dari sofa. "Aku dah siap, aku dah siap! Mana alarm minum air aku?" "Dah pukul enam," kata Ali sambil tarik sarung tangan kalis airnya. "Jom." Mereka mengangkat beg galas mereka – dua raksasa berat penuh harapan dan mee segera. Beratnya terasa menekan bahu, satu peringatan fizikal tentang skala cabaran yang menanti. Di luar, subuh masih kelam. Mereka mengambil bas awal menuju stesen keretapi. Dalam bas yang lengang, mereka duduk diam. Bunyi roda dan enjin adalah satu-satunya melodi, mengiringi debaran dalam dada mereka. Ali melihat refleksi dirinya di tingkap – topi tebal, muka sedikit cemas tapi mata bersinar. "Kau rasa, kita akan jadi hero masa balik...

Journey To The North Part 3

Image
  4 hari sebelum bertolak ke Abisko dan petang itu, rumah sewa kecil mereka berubah jadi macam stor barangan ekspedisi. Ruang tamu penuh dengan gear — jaket waterproof tergantung di kerusi, beg kembara tersadai atas lantai, stokin thermal bergantungan macam bendera Hari Kebangsaan. Ali tengah duduk bersila atas karpet, sibuk labelkan pek makanan. Mee segera, tuna dalam tin, energy bar, dan uncang teh disusun ikut hari. "Kau label semua makanan ni kenapa?" tanya Jimi sambil kunyah roti dengan selai Nutella. "Sebab aku kenal kau, bro. Nanti baru hari ketiga semua stok habis," jawab Ali tanpa angkat kepala. "Eh, kau underestimate nafsu makan aku ke?" "Tak. Aku realistic." Jimi tergelak, sambil capai sleeping bag yang baru sampai dari pos. Dia buka plastik dan terus test baring atasnya. "Weh Ali, aku rasa sleeping bag ni tak cukup tebal. Kalau aku beku kat dalam tu, kau jangan lupa post tribute kat Instagram aku." Ali jeling. "Kalau ka...

Journey To The North Part 2

Image
Malam itu, lepas masing-masing sampai rumah, Ali duduk termenung depan laptop, buka Google Maps sambil kira bajet. Sesekali dia bukak playlist Threads kat Spotify, biar feel adventure tu membuak-buak. Jimi pulak, dah siap terbaring atas sofa, scroll Instagram cari gambar-gambar Kungsleden dan Tromso. "Ali... Ali..." suara Jimi menjerit dari ruang tamu. "Apa hal?" jawab Ali dari dapur sambil buat milo panas. "Ko rasa kita kena training tak? aku rasa last aku jogging pun masa tahun satu." Jimi gelak sendiri. Ali keluar dari dapur bawa dua mug milo. "Weh... trekking Arctic Circle tu bro, bukan trekking Bukit Broga. Ko kalau pancit nanti, aku tinggal je." "Serious la bro? Tak de semangat brotherhood langsung!" Jimi pura-pura sedih. Ali letak milo depan Jimi. "Takpe, esok kita start training. Jogging kat taman belakang rumah ni dulu. Lepas tu minggu depan kita try naik Gunung Kebnekaise mini trail." "Tu gunung kat s...

The Gigs

Image
Hari ini di After Five Pub ada gig, dan seperti biasa Ali dan Jimi sebagai organiser harus berada di situ dari awal hingga habis event. Event berjalan dengan baik, tiada masalah apa-apa dan paling penting band tak buat hal. Band terakhir malam itu ialah Sleepside, antara band baru yang sedang meningkata naik, lagu boleh tahan, tetapi bagaimanapun Ali keluar dari pub untuk menghirup udara segar  well dalam pub bau rokok agak kuat dan memang tak boleh elak. Ali keluar ikut pintu belakang yang mana menjadi pintu keluar masuk band dan organizer, dia sandar di belakang dinding bangunan sambil memerhatikan phone, ada beberapa mesej masuk ketika Ali sibuk handle gig di dalam pub tetapi mesej-mesej tu tak lah penting jadi dia abaikan sahaja. Walaupun Ali di belakang bangunan tetapi Ali masih boleh mendengar muzik dan sing along oleh crowd gig yang datang, ternyata Sleepside sudah ada fans tersendiri. Ali memejamkan mata sambil melayan lagu Sleepside dalam ruangan gelap itu, sedang asyik m...

Mimpi yang Tak Usai

  Mimpi yang Tak Usai Aku pikir, mimpi itu sudah mati. Terbenam di balik waktu, di antara jejak langkah yang tak lagi sama. Tapi setiap malam, ia datang, menyelinap seperti bayang-bayang yang menolak pergi. Kau berdiri di sana, tanpa suara, tanpa ragu, menatap dengan mata yang dulu kusebut rumah. Dan aku, hanya diam, seperti pengecut yang tak pernah tahu cara menutup luka. Sudah berapa tahun, aku berpura-pura lupa? Tapi mimpi adalah pengkhianat yang lihai, mengoyak pertahanan yang kubangun dengan sia-sia. Mengingatkan aku pada janji yang retak, pada kata-kata yang tak sempat kupeluk sebelum semuanya luruh. Mungkin, ini hukuman. Untuk hati yang terlalu angkuh, untuk bibir yang terlalu pelit meminta maaf. Kau tahu? Tak ada yang lebih menyakitkan daripada dihantui rindu yang tak berani diakui.

Antara Aku, Kamu, dan Waktu

Image
 Aku menatap senja, di antara jingga dan bayangmu, angin membisik nama yang pernah kutitip pada waktu. Masihkah kau ingat janji yang kita ukir di sela tawa? Atau telah larut dalam sunyi yang tak bernyawa? Langkahmu menjauh, entah ke mana, tapi hatiku masih di lorong yang sama. Kupungut sisa kata yang dulu kita rangkai, namun kini hanya gema yang tak sampai. Cinta, adakah ia sebatas sajak di kertas usang? Atau nyala kecil yang terus bertahan meski terbuang? Aku menunggumu di persimpangan takdir, antara rindu yang hidup dan kenangan yang getir. Jika esok kita kembali bersua, maukah kau mengulang cerita kita? Biar cinta bukan sekadar kata, tapi perjalanan yang tak henti bersuara.

Monolog: Senja di Kuala Lumpur

Image
  Monolog: Senja di Kuala Lumpur Aku berdiri di sini lagi. Sama seperti semalam… dan hari-hari sebelumnya. Menatap langit senja yang kian gelap, mendengar azan yang berkumandang di kejauhan. Kuala Lumpur, kau indah dan kejam dalam satu nafas. Aku selalu mengharapkan yang terbaik untuk diri aku. Bertahun-tahun aku kejar sesuatu yang aku sendiri tak pasti. Kerjaya, status, pengiktirafan… semua itu aku kejar macam aku takut tertinggal. Dan sekarang, aku di sini. Berdiri di tengah-tengah kota yang menjulang tinggi, tapi hati aku rasa kosong. Dulu aku fikir, bila aku dah capai semua yang aku nak, aku akan bahagia. Tapi hakikatnya, kebahagiaan itu bukan datang daripada pencapaian semata. Ada yang lebih dari itu—sesuatu yang aku belum temui, atau mungkin… sesuatu yang aku telah tinggalkan di belakang. Aku pandang sekeliling. Orang masih berpusu-pusu di jalan, mengejar destinasi masing-masing. Lampu neon mula menyala, mencipta ilusi keindahan di tengah kepenatan. Tapi aku tahu, di sebalik ...

Polaroid

It's even for me and even for you Just try to underst and

Putih, cozy dan menyenangkan

Bangun saja dari tidur aku menung sebentar ke arah lantai memikirkan sesuatu, hari ini aku mahu ke mana? ini lah akibatnya kalau tak merancang perjalanan, aku bingung terus, aku lihat handphone aku yang berada di hujung katil, ahh masih awal dan gelap tapi aku tak nak sambung balik tidur. aku capai tuala dan mandi walaupun aku tahu suhu agak sejuk hari ini tapi aku tetap mahu mandi seperti biasa. Selesai mandi, aku melihat hanphone kembali, akhirnya aku tahu ke mana mahu pergi kerna baru saja dapat ilham masa mandi tadi tapi seperti biasa aku akan enjoy secawan teh jeju panas sesuai lah dengan suhu sejuk di sini. Sambil menikmati teh aku melihat luar jendela, hujan renyai sedang turun tapi tiada masalah untuk aku keluar rumah. Selesai saja minum teh aku bersiap untuk keluar, aku mencari stokin aku, ahh mana pulak pergi ni? Biasanya aku letak di sebelah kasut tiba-tiba aku teringat yang aku basuh stokin tu semalam. Aku jemur luar tingkap, bergegas aku pergi ke tingkap di bilik aku, ala...

Masih

Jam sudah menunjukkan jam 3.40 pagi. Ketika ini aku terlalu rindu dengan kita. Aku tak tahu apa khabar kau yang ada di sana. Masih ingat pada aku? Jujur. Aku terlalu rindu. 

Esok Masih Ada

Setiap hari Ali bangun dari tidur Ali akan memasang lagu Polaroid yang dimainkan oleh band Oh Chentaku. Antara lagu emo yang digemari Ali sejak dari zaman sekolahnya lagi. Cuma kali ini Ali bangun tidur bukan lah bersendirian seperti dahulu, kali ini disisinya ada sosok wanita. Mata wanita itu terpejam rapat, rambutnya menutup sebahagian muka, dijarinya ada sebentuk cincin emas, dikukunya terdapat inai yang masih merah. Lama Ali tenung wanita itu sambil melayan perasaan bersama lagu yang dimainkan di Spotify: "I gave you everything and gave up my life, and it is all for you but you ruined everything It's even for me, it's even for you, try to understand" Itu lah chorus dari lagu Polaroid di mana mulut Ali juga menyanyikan chorus yang sama sambil melihat wanita itu. Sedikit air mata Ali jatuh mengalir di pipi. Ali terasa gelap, terus Ali tertanya di mana cahaya yang selalu dikatakan orang sebelum-sebelum ini atau mungkin cerita tidak sama. Ali sayang sosok dihadapannya...

Kemahuan Hidup

Kita manusia mesti ada kemahuan hidup, ada yang ingin berjaya, ada yang ingin bersederhana, ada yang ingin kaya raya. Semua ini satu bentuk positive vibe yang bila mana boleh bikin hati manusia itu sentiasa tenang dan ceria walau apa pun yang berlaku dan postive vibe ini yang akan membawa kepada kemahuan hidup yang diangankan. Jarang sekali kemahuan hidup seseorang itu adalah untuk gagal dan terus gagal. Macam aku, aku pernah lalui kegagalan yang sangat dasyat, waktu itu aku tidak memiliki apa-apa sebarang bentuk materi. Aku tetap positif biar waktu itu agak sukar untuk aku lalui, aku tetap tenang sabar dan ceria. Kadang-kadang perasaan down tu tetap ada, ye lah kita ni manusia biasa tapi paling penting adalah macam mana kita nak kawal semua tu. Orang lain tak kan boleh kawal diri kita, hanya diri sendiri.

2019

Ingin sekali aku mengenali dia

Tentang Sesuatu

Di kiri dan kanan Ali semua orang sedang asyik mendengar bacaan maqtal ke Al-Husain, hampir kesemuanya sedang menangis kedukaan begitu juga Ali tetapi di sini lebih deras tangisan, mereka menangis semahu-mahunya. Bagi Ali ini sesuatu yang baru walalupun dia sudah biasa melihat aksi yang serupa di dalam internet cuma kali ini semuanya berlaku di hadapan matanya. Ali memerhatikan Jimi yang seakan bingung dengan apa yang berlaku dihadapannya, dan Jimi pula sedang memandang sekeliling seperti rusa masuk kampung kerana semua ini sesatu yang baru untuk Jimi, tidak pernah dia lihat majlis "menangis" beramai-ramai ini, pucuk pangkal sedikit pun Jimi tidak tahu. Ali  cuba menghayati syair-syair bahasa parsi yang dilantunkan oleh seorang talabegh yang memakai baju serba hitam berdiri di atas sebuah pentas kecil di hadapan mereka, walaupun Ali tidak memahami tapi dia masih cuba untuk bersama persekitaran duka lara sempena musibah yang menimpa Ahlul Kisa dan di atas kepala mereka ...

30 Oktober 1988

Akhirnya blog aku mencapai angka 313, angka 313 adalah angka kegemaran aku sehingga ketika aku mahu memberli kereta aku minta nombor pendaftaran kenderaan aku 313 juga, ramai yang pelik ada apa dengan 313. Nombor ini sungguh besar maknanya tapi nantilah aku cerita perihal nombor tiga angka ini. Cuma untuk kali ini, aku mahu hadiahkan sebuah puisi kepada sosok wanita yang baru sahaj aku kenal sempena pencapaian tulisan aku yang ke 313. Datang dari corong sederhana dari celah kesibukan kota berdiri sendiri tanpa tongkat memerhati angin dari jauh   Dia timbul di segenap benua Mencari bunyi yang tidak pernah rasa Ditanganya penuh segala sesuatu yang manusia tak perlu tahu Bila ditanya khabar Tenang aku mengira bintang Tidak ada manusia tiada resah menunggu balas apa lagi hati yang berkecamuk Tidaklah aku berlebih menunjuk supaya ada sisipan dihujungnya nanti bersama wajah harapan yang mampu menyentuh jantung Kini kita kosong Masih te...

Bajet di atas kertas

Terpercik api belum tentu luka Terkena air derita berpanjangan Di atas kertas bicara sementara orang tua mula berangan Anak kecil terus lapar Bukit tetap binasa Orang tua masih tak sedar Panas dan hujan peduli apa

Gitar Kapok dan Angan-Angan Kiamat

Lepas solat Isyak terus aku mesej dia, saja aku mesej supaya koneksi itu tetap ada, saja aku mesej dia supaya dia tahu aku tidak main-main dan aku peduli. Aku bangun dari atas sejadah dan aku sandar dihujung katil dan aku ternampak gitar kapok aku seolah-olah memanggil aku untuk dibelai. Aku terus mencapai gitar kapok aku, uji sedikit tune gitar tersebut supaya bunyi masih kekal dan tidak lari. Aku mula menggoreng sedikit lagu untuk membuai hati aku sendiri, lagu Sesungguhnya daripada kumpulan Ungu menjadi mangsa aku malam ini, dah lama tak main lagu ini jadi chord sedikit lupa tapi liriknya aku tidak lupa. lirik intronya berbunyi "Saat dunia berhenti berputar, saat manusia tak sanggup lagi berharap, ketika mentari tak sanggup lagi berjanji, menyinari dunia yang telah kau singgahi" Bila dihayati kembali bari aku perasan intro lagu ini sangat deep berkisar waktu alam dihujung umurnya, sebagai orang Islam tentulah aku percaya pada hari kiamat dan hari pengadilan. Cuma wakt...

Follow The Flow

Sometimes I worry too much. Worry about things that may never happen.  Worry for no reason.  My mind runs like crazy. And I'm going crazy as well. In facts, Everything went and goes great. Sigh. Chill lah. Like Bob Marley said, When you worry you make it double Don't worry be happy Kawan-kawan, esok aku belanja air sirap free flow i repeat, air sirap free flow!

FAR

Seorang Fatimah Semoga kita ada sesuatu