Bukan Salah Anarki
Bukan Salah Anarki
Sedar kah
kita laungan melawan kerajaan semakin hari semakin kuat dan ia berlaku
tiap-tiap hari, mungkin ada yang tidak perasan kerana ia tidak berlaku di
jalanan seperti yang sering kita lihat dari tahun reformasi 1998 sampailah yang
terbaru Perhimpunan Bantah GST tetapi laungan melawan kerajaan ataupun
pemerintah ini berlaku di media sosial seperti di Facebook sudah tentu yang
paling famous dan di Twitter tak kurang juga hebatnya. Sebab itu bagi aku,
laungan melawan kerajaan secara besar besaran berlaku setiap masa kerana rakyat
merasakan apa yang kerajaan laksanakan ini tidak betul dan melanggar kemahuan
rakyat lagi-lagi sejak GST diperkenalkan dan juga kejatuhan ekonomi negara yang
merisaukan. Lalu mereka yang mengambil peduli tentang negara dan mahukan negara
ini ke arah yang lebih baik akan keluar ke jalanan dan meluahkan perasaan di
media sosial. Mereka ini digelar masyarakat sivil.
Sudah tentu
akan ada yang mengatakan semua yang terlibat dalam perhimpunan (aku fokus pada
perhimpunan atau demonstrasi untuk mendapat gambaran lebih jelas)ialah dari
penyokong parti pembangkang yang sememangnya tugas mereka memberi tekanan
kepada kerajaan sekiranya ada dasar yang tidak kena. Kalau macam tu yang korang
rasakan maka ia salah kerana masyarakat sivil ini datang dari pelbagai latar
belakang sudah tentu ada yang datang dari penyokong kerajaan itu sendiri, kelompok
non-partisan, kelompok-kelompok yang mempunyai ideologi politik mereka
tersendiri dan ada juga datang dari kelompok anarki. Sejak beberapa tahun ini
kelompok Anarki mula menjadi perbualan para kaki demonstrasi kerana mereka mula
mengambil tempat dalam masyarakat dalam masa beberapa tahun ini, pergerakan
mereka selama ini senyap dan hanya berkongsi ideologi sesama mereka kini mereka
mula keluar dari kepompong untuk bersama yang lain di luar sana.
Kewujudan
anarki perlu, kerana watak mereka adalah watak yang akan memberi tekanan kepada
pemerintah tanpa mengira parti dengan cara tersendiri, apa yang masyarakat
perlu tahu tentang mereka ini anarki menentang kezaliman, menentang hierarki
dan juga sudah tentu mereka menentang kapitalisme, andai keganasan dikenakan ke
atas mereka maka lawannya juga adalah keganasan
Jika dilihat
sebelum ini, kelompok anarki terkenal dengan sifat budak nakal which is punk
yang akan membuat kekecohan dan membawa satu kelainan jika mereka terlibat
dalam perhimpunan. Misalnya sepanduk, banner, bom asap, personaliti yang lebih
liar dan macam macam lagi dan kekecohan yang mereka cetuskan sehingga membawa
perasaan kurang senang dari pada peserta yang lain. Menurut mereka semasa berhimpun bukannya masa
untuk memberi ceramah dan mendengar ceramah tetapi semasa perhimpunan
berlangsung apa yang mereka harapkan adalah satu perubahan iaitu revolusi..iya
revolusi. Sebab itu mereka sering melaungkan “revolusi” dan bukannya
“reformasi” semasa menyertai perhimpunan.
Revolusi
berbeza dengan reformasi, dan aku tak rasa perlu bincangkan apa itu revolusi,
cukuplah apa yang korang tengok di Mesir semasa berlakunya Revolusi Mesir beberapa
tahun lepas, kecoh bukan? Dan itu lah sepatutnya berlaku jika mahukan revolusi,
seperti diinginkan oleh Karl Marx revolusi
tidak pernah berlaku secara aman, di mana sesuatu yang lebih radikal dan
cepat harus berlaku jika mahu jatuhkan kerajaan oleh itu baru kita boleh nampak
kesan daripada perhimpunan haram. Haram? Lantaklah…kalau semua nak permit baik
pergi mati. Nak mati pun tak perlu ada permit tahu. Pembangkang dah selalu buat
demo bagi aku enough lah, too much demonstration without good feedback ni
menyampah jugak. Perhimpunan secara aman akan berakhir dengan hambar dan tidak
akan mencapai sebarang resolusi, ia hanya melengkapi ciri-ciri demokrasi dan
salah satu cara untuk menunjukkan kepada kerajaan di mana pembangkang punya
pengaruh yang kuat dan rakyat bersama mereka kononnya ini sama sekali tidak
betul. Jadi bagi aku, apa yang kekecohan yang berlaku angkara kelompok anarki
ini adalah tidak salah atas nama revolusi. Cuma aku sedikit hairan jika anarki mahukan
revolusi kenapa mempromosikan kasih sayang dan keamanan semasa berhimpun. Ini
aku rujuk dekat video demonstrasi di YouTube di mana sepanduk peace and love
dijulang sedangkan perlakuan mereka adalah sebaliknya.
Aku tidaklah
menyokong berlakunya revolusi jika melihat persekitaran sekarang di mana masih
banyak perkara yang boleh diatasi dengan undang-undang dan sistem demokrasi
tetapi jika suatu masa nanti Malaysia memerlukan revolusi, maka revolusi harus
tercipta demi keadilan dan ketika itu kekecohan bukan salah anarki lagi.
Seperti Revolusi Islam Iran dan Arab Spring, mereka yang mencetuskan revolusi
bukanlah daripada parti politik tetapi datang dari golongan rakyat biasa,
mahasiswa, sosialis, agamawan, golongan intelektual dan banyak lagi, jadi
kerajaan harus sedar akan hal-hal seperti ini, kerajaan jangan sombong dalam
menghadapi masyarakat. Sikap sombong seperti apa yang berlaku sekarang telah
mewujudkan sikap benci daripada rakyat terhadap kerajaan.
Sekian dari saya,
Felo Kedah Aman Makmur
Comments