Bentuk Masa Depan Mu
Disember ini aku kerap memikirkan bagaimana caranya mahu membentuk kehidupan masa hadapan aku. Aku mengembara, menghabiskan masa dan uang semata-mata untuk membentuk masa depan aku..walaupun aku tak pasti bagaimana rupanya dan kapan aku perolehinya. Kini..Disember sudah dipenghujung dan aku masih disini begini. Tinggal aku disini. Menyaksikan bintang-bintang tanpa jemu. Menantikan sesuatu yang dijanjikan. Masih juga mencari mimpi apa yang aku mahukan esok hari kerna hari esok siapa yang tahu.