Bangun saja dari tidur aku menung sebentar ke arah lantai memikirkan sesuatu, hari ini aku mahu ke mana? ini lah akibatnya kalau tak merancang perjalanan, aku bingung terus, aku lihat handphone aku yang berada di hujung katil, ahh masih awal dan gelap tapi aku tak nak sambung balik tidur. aku capai tuala dan mandi walaupun aku tahu suhu agak sejuk hari ini tapi aku tetap mahu mandi seperti biasa. Selesai mandi, aku melihat hanphone kembali, akhirnya aku tahu ke mana mahu pergi kerna baru saja dapat ilham masa mandi tadi tapi seperti biasa aku akan enjoy secawan teh jeju panas sesuai lah dengan suhu sejuk di sini. Sambil menikmati teh aku melihat luar jendela, hujan renyai sedang turun tapi tiada masalah untuk aku keluar rumah. Selesai saja minum teh aku bersiap untuk keluar, aku mencari stokin aku, ahh mana pulak pergi ni? Biasanya aku letak di sebelah kasut tiba-tiba aku teringat yang aku basuh stokin tu semalam. Aku jemur luar tingkap, bergegas aku pergi ke tingkap di bilik aku, ala