30 Oktober 1988
Akhirnya blog aku mencapai angka 313, angka 313 adalah angka kegemaran aku sehingga ketika aku mahu memberli kereta aku minta nombor pendaftaran kenderaan aku 313 juga, ramai yang pelik ada apa dengan 313. Nombor ini sungguh besar maknanya tapi nantilah aku cerita perihal nombor tiga angka ini. Cuma untuk kali ini, aku mahu hadiahkan sebuah puisi kepada sosok wanita yang baru sahaj aku kenal sempena pencapaian tulisan aku yang ke 313. Datang dari corong sederhana dari celah kesibukan kota berdiri sendiri tanpa tongkat memerhati angin dari jauh Dia timbul di segenap benua Mencari bunyi yang tidak pernah rasa Ditanganya penuh segala sesuatu yang manusia tak perlu tahu Bila ditanya khabar Tenang aku mengira bintang Tidak ada manusia tiada resah menunggu balas apa lagi hati yang berkecamuk Tidaklah aku berlebih menunjuk supaya ada sisipan dihujungnya nanti bersama wajah harapan yang mampu menyentuh jantung Kini kita kosong Masih te...