Tasbih Biru Firus
Di sebuah kota yang teramat nyaman sekali untuk diduduki, jauh dari hituk pikuk metropolitan. Berdiri kamu disitu, fizikal mu kecil, tak begitu tinggi, kulit putih bersih, senyum menarik dengan sederet gigit putih. Manis, atau lebih tepat cantik. Aku pasti semua lelaki disekelilingmu memandang kamu. Seolah-olah mereka takut jika tidak melihat kamu bermakna diri mereka itu tidak wujud langsung di dunia, mereka perlu melihat kamu untuk menyedari kewujudan mereka. Subuh hari ini kita bertemu, bila kamu tersenyum aku hampir hilang pandangan kerna ia membunuh. Berjanji mahu berjemaah subuh di masjid Ma'sumah, dua langkah pertama azan terus berkumandang terus kita bergegas ke masjid, ini gila dalam suhu 0 darjah celcius aku hanya memakai selipar dan ketika itu aku rasa hampir pengsan dek kerana kesejukan tapak kaki, kamu sedar keadaanku ketika itu dan menyuruh aku berjalan pantas. Tiba di masjid terus aku bergegas ke dalam ruang utama kerana disitu lebih suam udaranya. Lega, keadaank...