Assalamualaikum Ali meneruskan perjalanannya hingga ke suatu tempat yang dia rasakan tidak tahu mana arah tuju lagi. Kepenatan, lalu Ali duduk menyandar di tiang elektrik, udara di situ nyaman. Ali termenung jauh melihat pergunugan salji dihadapannya "kalau boleh aku mahu ke puncak itu" getus Ali seorang diri Ali kembali termenung melihat unggas berterbangan di langit, dengan perasaan rindu kepada entah la. Ali masih tak faham dengan situasi dia sekarang. Sejak hari itu, Ali mula rasa kehilangan, Ali keliru, sumpah Ali keliru. Kadang dekat kadang jauh entah apa yang difikirkan. Tiba-tiba lagu Only One-Yellowcard berkumandang di telefon bimbit Ali menandakan Fatimah telah menghantar pesanan ringkas pada Ali. Ali tersenyum melihat pesanan ringkas itu, lalu Ali tidak membalas pesanan ringkas itu. "kau...kenapa pula, rindukah? itu yang aku rasakan sejak kau berubah Fatimah" Ali bangun dari tempat duduknya, kembali menyarungkan jaket kulitnya dan terus berjal...